Posted by : 1mat Sun Dec 13, 2009 9:24 pm
Jemaah tabligh
Oleh Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my KETIKA awal kehadirannya, ramai yang pelik melihat gelagat mereka yang mengusung beg, periuk, cerek dan pinggan dari satu masjid ke satu masjid. Dengan ketayap putih di kepala dan berjanggut, mereka sering diberi pandangan negatif. Namun, lama kelamaan apabila jumlahnya semakin ramai, masyarakat mulai sedar mereka adalah kumpulan pendakwah yang dipanggil 'tabligh'. Penulis turut mempunyai pengalaman diajak keluar bersama-sama menyertai sebahagian gerak kerja dakwah ketika di kampus. Ketika itu ahlinya terdiri daripada pelajar sendiri yang akan melawat dari bilik ke bilik bagi menyampaikan peringatan atau tazkirah pendek yang dirungkai daripada hadis nabi atau ayat al-Quran. Jadi pada setiap malam selepas solat Maghrib, dua hingga tiga ahli jemaah akan bersama dalam sesi tazkirah yang mereka sampaikan. Mengikut sejarah, tabligh adalah jemaah Islam yang berpusat di India. Ia ditubuhkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Tabligh dilahirkan bagi mengajak masyarakat India Muslim yang masih berpegang kepada budaya Hindu melaksanakan Islam secara total. Jemaah tabligh memegang kepada manhaj (formula) yang dijadikan dasar penting sebagai rujukan yang dinamakan Ushulus Sittah (enam dasar). Ia merealisasikan kalimat thoibah, solat dengan khusyuk dan khudu' (penuh ketundukan), ilmu dan zikir, memuliakan Muslim, membaiki niat dan mengikhlaskannya serta keluar (khuruj) di jalan Allah. Gerakan ini menjalankan tugas berdakwah tanpa mengambil kira asal-usul mazhab atau aliran pengikutnya. Jemaah tabligh mempunyai markas di setiap negara dan markas antarabangsa terletak di Nizzamudin, India. Setiap markas daerah dipimpin seorang shura dan kemudian membentuk ratusan markas kecil yang dinamakan halaqah. Kegiatan halaqah adalah perjumpaan mingguan, sebulan atau mereka keluar (khuruj) selama tiga hari. Khuruj bertujuan meluangkan sepenuh masa berdakwah di masjid atau surau dengan dipimpin Amir. Ketika ini, mereka banyak menghabiskan masa membaca hadis atau kisah sahabat yang biasanya dipetik daripada kitab Fadhail Amal karya Maulana Zakaria. Kemudian mereka mengunjungi (jaulah) rumah ke rumah dan bermuzakarah. Sepanjang tempoh khuruj itu, mereka akan tinggal sementara di masjid atau surau. Mereka memasak makanan sendiri dan makan beramai-ramai dalam talam besar. Jemaah tabligh mengabdikan sepenuh jiwa raga untuk agama dan tidak menyentuh perkara berkaitan politik. Justeru, mereka dianggap kumpulan yang sukakan perdamaian. Namun, bukan mudah untuk menjadikan seorang dalam jemaah tabligh yang tekun kerana memerlukan kekuatan diri terutama meninggalkan rumah tangga, isteri dan anak untuk tempoh beberapa hari. Memang bukan perkara mudah melakukan perkara kebaikan kerana syaitan sentiasa membisikkan perkara yang melalaikan. Usaha jemaah tabligh keluar berdakwah nampak mudah, tetapi terpaksa melalui jalan berliku terutama pandangan masyarakat. Ada yang diherdik, dimaki, dihalau malah dianggap kutu rayau ketika melakukan tugas dakwah itu. Malah, ada umat Islam sendiri yang menyindir supaya mereka berdakwah kepada golongan bukan Islam daripada menyibuk datang dari rumah ke rumah. Malah ada juga yang menyarankan aktiviti tabligh diharamkan di Malaysia kononnya ia boleh menyebabkan kemunduran umat Islam. Justeru, jemaah tabligh memang dilatih menjadi penyabar kerana perkara itu memang sudah dijangka. Bagaimanapun, jemaah tabligh membuktikan mereka berjuang dengan rela hati apabila sanggup meninggalkan keluarga selama tiga hari, seminggu, 40 hari atau empat bulan untuk mengembangkan agama Allah. Mereka antara manusia bertuah kerana memperuntukkan sebahagian usia kepada agama, sedangkan ramai manusia berebut-rebut mencari habuan keduniaan. Bukan semua sanggup berjauhan lama dengan anak dan isteri melakukan kerja dakwah sebegini. Namun, jemaah tabligh yakin cara dakwah mereka menepati perbuatan Rasulullah s.a.w. Perkara paling penting dalam berdakwah mengikut cara tabligh adalah keikhlasan. Kemuncak jemaah tabligh di negara ini ialah perhimpunan 200,000 ahli kumpulan itu dari seluruh dunia yang berkampung di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang sempena ijtimak Tabligh Sedunia, baru-baru ini. Jemaah tabligh daripada lebih 40 negara hadir yang membentuk saf solat bermula dari barisan hadapan hingga ke belakang sepanjang lebih satu kilometer (km) manakala setiap saf sepanjang 500 meter. Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin, berkata jemaah tabligh membuktikan mereka dapat mengumpulkan umat Islam dari seluruh dunia. Ini satu perkara yang hebat. "Namun, mereka perlu mengembang peranan dakwah, tidak hanya di masjid atau surau sebaliknya meluaskan jaringan itu kepada remaja bermasalah, vandalisme, penjara dan pusat pemulihan akhlak. "Cabang dakwah ini luas dan ia perlu diperkemaskan supaya orang ramai dapat menerima cara penyampaian dakwah kita. Mereka juga boleh mengetengahkan cabang dakwah melalui penulisan dan kebajikan. "Nabi Muhammad s.a.w berdakwah kepada semua peringkat umur dan latar belakang," katanya. Zamihan berkata melalui kepelbagaian bentuk dakwah itu seseorang boleh menyampaikannya di mana-mana saja tanpa terhad kepada sebarang waktu. "Kewajipan memperingati sesama umat itu terletak di setiap bahu kita. Dakwah yang sebenarnya tidak terhad di masjid atau di surau saja. "Kelompok utama yang perlu kita hampiri adalah di kalangan ahli keluarga kita terlebih dulu sebelum melakukan dakwah kepada individu lain," katanya. Mengenai keluar (khuruj) berdakwah ke tempat lain, ia bergantung kepada kemampuan diri. Jika mempunyai banyak tanggungjawab, utamakan keluarga dahulu sebelum perkara lain. "Jika kita keluar menjalankan tanggungjawab berdakwah, tetapi pada masa sama membiarkan isteri dan anak terabai, hukumnya haram. "Setiap individu juga mempunyai tugas besar terhadap kerjaya dan pelajaran. Pastikan tanggungjawab itu diutamakan," katanya. Menurutnya, kehadiran jemaah tabligh di masjid atau surau untuk kerja dakwah diharuskan, tetapi mereka perlu menonjolkan disiplin tinggi bagi membolehkan orang lain menghormati mereka. "Contohnya bersugi, ia memang amalan mereka, tetapi jangan dilakukan tanpa mengira tempat hingga menyebabkan orang lain tidak senang melihatnya. "Pakaian dan penampilan diri mesti menggambarkan kualiti pendakwah yang Islam mahukan," katanya. Namun, beliau menganggap jemaah tabligh sudah menjalankan tanggungjawab mereka, sekurang-kurangnya memberi impak kepada usaha mengembangkan Islam secara terbuka. "Dalam menyampaikan dakwah, jangan kecewa atau marah apabila orang lain tidak menerima pendekatan kita. Apa yang penting penyampaian dakwah itu sudah dilaksanakan. "Sentiasa melihat kelemahan diri sendiri kerana Rasulullah s.a.w yang maksum pun memohon bertaubat 100 kali sehari, apatah lagi kita manusia biasa," katanya. Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20091211103516/Article/indexv_html Pengalaman aku dengan mereka, mereka tetap konsisten dengan pendekatan mereka walaupun nampak agak ketinggalan tetapi kesungguhan dan kegigihan mereka amat mengujakanku.
TOK10
..sahabat aku join...aku panggil jamaah tak balik2...
petehkaki
antara tabligh konvesional dan moden (spt forum perdana.kuliah agama,majlis agama,ceramah di tv),mana yg lebih baik...
Rustyblade
Hampir setiap hari aku melepak ngan puak puak Tabligh nie di Masjid Sri Petaling, saja suke suke dengar citer citer dorang yang baru balik dari merata rata tempat..pengalaman dorang, kisah suke duka..sambil perkena capati ngan gulai kambing . Paling aku suka dengar ialah Ustaz Mutalib dari surau Sg Besi..orangnya selembut Ustaz Insani
Izraellz
--Ada lagi menarik.. segilintir PASrian suka sgt dgn kedudukan 42 TGNA dlm rankin dunia... tp diorunk wat2 x nampak rankin ke-15... (sebab x der gambar kot)... hahha klaka gak la diorunk neyh.... --Dan yg menariknya segelintir PASrian tu jugak la yg kuat menyindir tabligh.. atau anti Tabligh... x caya.. tgk la komen diorunk lepas neyh..
PENDEKAR_BACHOK
jika pas + tabligh + Arqam bergabung, pasti mantap Islam di malaysia malah seluruh dunia PAs dgn kekuatan saisah Tabligh dgn kekuatan Dakwah Arqam dgn kekuatan ekonomi.. (org cina amat takut dgn arqm dalam ekonomi)
Izraellz
--Yg sy taw la.. org tabligh sendiri x suke dgn pgglan tabligh... org yg mengelarkannya... cth macam org yg suka g masjid akan digelar "kaki masjid", org yg suka g disko akan digelar "kaki disko"... padahal mereka ini sebenarnya hanya org islam biasa yg menjalankan rutin yg hampir sama dgn rutin 1400 thn yg lampau dgn megunakan cara primitif (paling hampir dgn cara sahabat2).... --so yg peliknya ader anti tabligh dr kalangan segelintir PAS totok yg membenci mereka hanya kerana mereka x mengundi PAS... OMG... geram plak budak2 PAS yg mcm neyh... tp ape leh wat... name pon budak... huhu
PAS007
Tabligh nie bagus tapi cuma bab berdakwah sahaja ,bagaimana bab hukuman terhadap perkara perkara jenayah Islam.?
Izraellz
--hehe... PAS dulu lain dgn PAS sekrang... PAS sekrang tahu nk petik buah jer... --JT semai benih tu.. tu beza dia... --For me JT back to basic... Islam asal dgn asing , akan jadi kembali kepada keadaan asing, maka beruntunglah mereka yg dlm golongan asing tu... --Politik Islam x la asing sgt sy se la...
TamuPulauMelaka
Semacam sudah fitrah, setiap Jemaah Islam di serata dunia dikecam oleh orang2 kafir, munafiq dan fasiq. Bagaimana dengan kita orang2 Islam? Jika kita tidak upaya mengikut jemaah yang membantu perjuangan Islam, usahlah kita mengecam sebagaimana orang2 kafir, munafiq dan fasiq mengecam mereka.
Arrashidi
Emmm..apa kita boleh buat ye dgn org2 yang laggar syariat terutama yg paling utama ...sembahyang? yang lain2 pulak ...aurat
Izraellz
--Sama cam JT.. lagi kuat sunnah... gosok gg pon pakai kayu sugi.. punya la ikut sunnah... tabik la diorunk... --rezeki JT pon murah gak cuma diorunk x tunjuk sgt.. duit byk mengalir ke lain.. masjid kat seri petaling tu berapa juta tu... ader pakai duit goverment ker? hehe sy rase x der kot... --+ markas kat setiap negeri... semua tu hasil sendiri.. x perlu dana mcm PAS pun... so that y la sy geram sgt pada yg ckp JT neyh miskin la, x pandai politik la.. lol sebab diorunk pandai la diorunk x wat terang2.. lau tak jadi mcm PAS... x perlu la ader JT... haiz... lama dah simpan neyh... --tgh tggu gak anti tabligh mai...
Petehkaki
paling utama(personal opinion), melalui kempen kesedaran. mcm kat negara GCC, kempen solat dan hormat org tua melalui iklan di TV. kita tak leh memaksa org, tapi boleh menasihat dgn cara terbaik dan berkesan.
Dindah
Sapa la yang sanggup gi mengadap depan rumah orang cakap bab agama. Kena2 tuan rumah tu tak kenal ustaz ke, ulamak ke, kaki rock ke apa ke. Apa lagi kena smash ke tuan rumah, panjang janggut dari ilmu...... Cuba kita bayangkan kalau perkataan tu keluar depan Tok Guru.....Nasib2. Itulah perlunya kesabaran dalam diri .
PENDEKAR_BACHOK
akhak y comel melahirkan pejuang islam yg sebenanrnya..
Izraellz
--Ni la pemahaman politik bagi segelintir PASrian kot... Seorang anak bertanya kepada ayahnya, “Apakah politik itu ?” Sang Ayah berkata, “Baik anakku, aku akan coba jelaskan seperti ini: Aku adalah pengatur dari keluarga ini, jadi anggap aku sebagai kapitalisme. Ibumu, ia adalah pengatur keuangan, jadi kita sebut ia pemerintah. Kami ada untuk mengatur kebutuhanmu nak, jadi kita sebut kamu masyarakat. Pengasuh, kita anggap sebagai kelas pekerja. Dan adik bayimu kita sebut ia masa depan. Jadi pikirkanlah olehmu dan lihatlah apakah itu dapat kamu pahami,” Maka anak tersebut pergi ketempat tidurnya dan memikirkan mengenai apa yang dikatakan ayahnya. Pada malam itu ia mendengar adik bayinya menangis, maka ia bangun untuk melihatnya. Ia menemukan bahwa popok sang adik sudah sangat basah. Lalu anak itu pergi ke kamar orang tuannya dan menemukan ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tak ingin membangunkannya, maka ia pergi ke kamar sang pengasuh. Karena menemukan kamarnya terkunci, maka ia mengintip melalui lubang kunci dan melihat bahawa ayahnya sedang ditempat tidur berdua dengan pengasuhnya. Maka ia menyerah dan kembali tidur. Pagi harinya, anak kecil itu berkata kepada ayahnya,” Yah, kukira sekarang aku mengerti mengenai konsep politik.” Maka sang ayah berkata,” Bagus anakku, ungkapkan dengan bahasamu apa yang kau pikirkan tentang politik.” Anak kecil itu menjawab,” Jadi ketika kapitalisme berselingkuh dengan kelas pekerja, permerintah tertidur pulas, masyarakat diacuhkan dan masa depan dalam masalah serius.” --gurau ja... hehe
Izraellz--thats y la sy tabik hormat pd JT... dan marah sgt2 kalau PASrian yg anti JT neyh... diorunk seorang pun payah nk jumpa sebulan nk bercakap dakwah... tp dgn mudah menaip mcm2 fitnah kat JT.. ckp itu ini x cukup... hangin betol ngan budak2 neyh...geram.
PENDEKAR_BACHOK
saya sokong JT. pas silap dalam percaturan dgn JT. PAs suka melawan dan cari perbezaa, sedangakn byk perbezaan dgn JT. Itu lemahnya pas suka mengukum JT. wpun saya jemamah pas, tp bab dgn JT saya amat sokong. Jemmah PAs masih malu malah ada yg tak endah dan juga memperlekeh sunnah rasul. itu kelemah besar pas sejak dari dulu kini dan mungki selamanya jika tiada perubahan.
Arrashidi
"Contohnya bersugi, ia memang amalan mereka, tetapi jangan dilakukan tanpa mengira tempat hingga menyebabkan orang lain tidak senang melihatnya." Ok , saya setuju tapi tak leh le org2 tak suka kat depa pasai ni...ini bukan benda haram pun, ni nak jaga adab melayu je, kalau nak tunjuk tak suka tengok le kat perkara2 yang jelas keluar syariat spt bab aurat ke, sembahyang ke,tak posa , cakap kotor dll...kalau cara kita tegur kat depa tu kerena tu dan dengan hati yang meluat ,sahih kita yang jahil..hee
Izraellz
--tgk org bersugi pon ader masalah dgn adab ker ? adoi... --tgk org main bola x tutup aurat baru la x der adab... tp dah biasa.. nak buat mcm mana... so tgk org bersugi dah jadi kurang hajar sgt dah... klaka2... pejuang islam?
Izraellz
--Mereka x penah g negeri Arab tu yg susah nk explain... --tp kalau dah biasa amal bersugi tu pon x jadi masalah.. biasalah.. PASrian dah biasa mencari perbezaan... selain PAS.. maka x betul... bukan semua la.. segelintir jer...
KawanTKO
Salam, Soalan typikal.... JT tidak berpolitik...politik sebahagian dari Islam....tidak boleh pisahkan politik dengan Islam. Soalan ini biasa di tanya, apa jawapan karkun semua?
petehkaki
kalau JT tak main politik,diaorg tak keluar la tabligh...cuma different approach jer.
Izraellz
--Politik... ini definisi politik yg selalu disebut2kan... cuba baca byk kali... then cuba cari JT ni berpolitik x? Politics is a process by which groups of people make decisions. The term is generally applied to behavior within civil governments, but politics has been observed in all human group interactions, including corporate, academic and religious institutions. It consists of "social relations involving authority or power"[1] and refers to the regulation of a political unit,[2] and to the methods and tactics used to formulate and apply policy.[3] The word "Politics" comes from the Greek word πολἰς ("polis") meaning city-state. The Greek word πολίτἰκος "Politikos" describes anything concerning the state or city affairs. In Latin, this was "politicus" and in French "politique". Thus it became "politics" in Middle English (see the Concise Oxford Dictionary).
Izraellz
--Definisi politik bagi PAS ialah mengundi, demo, g dgr ceramah politik, kutuk UMNO,BN.. that all.. kalau dah cukup rukun tu sah la dah berpolitik... haha klaka...
arrashidi
haa...tak berpolitik? betoi ke? politik dunia,demokrasi? tu ka?...ooo itu tak main la..tapi siasah tu ada ...lagi hebat ...tak langsung bertolak ansur bab syariat. kena pi belajar ngan depa....tanya2 jugak kat depa cammana nak dapat takluk dunia...heee
KawanTKO
Ok...senario yang lebih spesifik.... Kebanyakan ahli JT tidak mengundi dalam pilihanraya sistem demokrasi Malaysia.
Izraellz
--hahha klaka la bro... dlm JT tiada Keahlian... --so tiada siapa leh paksa JT g mengundi.. terpulang pd hak individu... x semestinya x p mengundi tak sokong Islam... ke nak cakap x g ngundi = x sokong Islam? Jgn wat klaka bro...
KawanTKO
Jangan lihat dari kacamata JT tetapi lihat dari kacamata orang luar JT khususnya jemaah politik di Malaysia ni.
dindah
Kalu siapa selalu pergi Sabasun HypeRuncit K. Terengganu, dalam iklan pun dia masuk juga gambar bersugi. Saya rasa orang Terengganu sepatutnya benda bersugi jangan jadikan isu besarlah.
Izraellz
--Lau nk dikatakan tak p ngundi tu x sokong Islam.. sy cakap g tgk bola lagi x sokong Islam.. sebab tgk bola sama dgn tgk aurat lelaki = berdosa kan? hehe... ade berani cakap tgk bola = haram ker? Opss lari topik plak... --Sebab tu ke jadi anti JT.. OMG... Politik JT bersifat menyeluruh, satu dunia... bukan Malaysia jer.. Israel pon diorunk kuar..(Mengikut laporan, askar Israel sendiri dilarang mengapa2 JT) ... JT global. global... --jgn sebab ramai JT tak p ngundi ja nk jadi benci JT..
dimmurbogir
salam.. aku nk kasi komen.. aku bersama keluarga aku semua join tabligh. ayah aku mula join semasa di oversea di UK. masa tu pelajar malaysia seramai40 orang. 37 hanyut dengan arak dan perempuan. 3 orang saja yang terselamat. yang terselamat sbb terjumpa jemaah tabligh disana buat ziarah. tiap magrib ayah aku dengar tazkirah mereka. tabligh yang berada di Luar negara berdakwah kepada orang bukan islam. Asbab mereka sekarang Paras mempunyai 300+ buah masjid yang mana hampir semua tapak daripada geraja yang diubah menjadi masjid. nak tau lebih lanjut tentang report jemaah yang berada di seluruh dunia korang boleh pergi masjid sri petaling setiap hari sabtu malam ahad. kebanyakan tabligh mempunyai taraf golongan professional. ada doktor, jurutera,professor, jutawan. mereka mereka ni sekiranyanya berdakwah memang akan menjaga adab, disiplin, tertib, dan mereka juga berilmu. \ jemaah tabligh juaga mempunyai ustaz yang akan mengajar mereka tentang segala masalah tentang agama termasuk, fikah, akidah, tajwid dan sbgnya. sekiranya korang nampak kesalahan yang jemaah tabligh lakukan, tegurlah mereka. mereka sedia ditegur, mereka juga baru nak belajar. so apa salahnya kalu apa yang korang tahu korang kongsi bersama.
KawanTKO
Bagi jemaah politik golongan yang menentang seruan menegakkan negara Islam dan hukum hudud adalah musuh yang perlu dihadapi/ditentang bersama-sama dengan jemaah2 Islam lainnya dan mereka mahukan JT bersama dengan jemaah politik menghadapi golongan yang ditentang itu. Ada komen?
KawanTKO
fakta menarik....ada sebab tertentu kenapa berlaku seperti diboldkan?
arrashidi
eehhh...aku ngundi , kat tempat aku, dun aku pangkah pkr, tapi syang dah paling tadah..hee,parlimen lak aku pangkah india..pkr. Aku pangkah sebab negara kebajikan, bukan negara islam....itu aku tak percaya kerana tak dak janji Allah.
arrashidi
sbb hikmah...tapi dalam hati benci kekufuran mereka..., kita buat dakwah sampai semua org benci kekufuran, pentingkan agama.
Thursday, February 18, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)
