BUKAN satu rahsia bahawa jemaah Tabligh adalah tergolong dalam kumpulan yang ditolak di negara ini. Walaupun tujuan penubuhan nya itu baik untuk agama Islam, tapi pendekatannya itu membuat ramai orang Islam sendiri naik menyampah. Malah, suarapakatanrakyat.com sering menerima rungutan dan aduan dari rakan-rakan beragama Islam yang tidak senang bila ahli jemaah tabligh ini menyerbu rumah mereka mengajak untuk ke masjid dan sebagainya.
Nak ke masjid atau tidak, itu adalah hak masing-masing, tak perlu nak serbu atau gegar pintu pagar rumah orang.
Disamping itu, perwatakan anggota kumpulan tabligh ini yang selekeh, tidak terurus dan sebagainya (walaupun berbau wangi), turut menambah lagi kepada rasa meluat orang Islam terhadap kumpulan tersebut. Kegemaran mereka ‘mengambil alih’ masjid yang disinggahi kumpulan terbabit sepanjang perjalanan dalam menjalankan aktiviti dakwah mereka, seringkali mendapat rungutan AJK dan ahli jemaah masjid tersebut.
Tidak hairanlah kenapa parti Islam terbesar di negara ini, PAS menolak kumpulan tabligh ini kerana pendekatannya yang terlalu ekstrem, selain menolak unsur-unsur politik dalam amalan beragama. Malah ada di kalangan ulama PAS sendiri yang menyifatkan kumpulan tabligh ini sebagai kumpulan sesat!!
Maka itu tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengunjungi dan beribadat bersama-sama puak tabligh ini di Masjid Seri Petaling, Petaling Jaya Sabtu lepas, menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam, kenapa Najib mendekati kumpulan yang ditolak oleh orang Islam sendiri ini?
Ini bukan kali pertama Najib berbuat demikian. Pada Julai 2009 di satu kawasan berhampiran kuaters kakitangan KLIA, Najib turut bersama-sama dengan 200,000 orang jemaah tabligh yang berkumpul dalam satu perhimpunan raksasa kumpulan terbabit yang dipanggil Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia , siap bersolat Asar lagi.
Nak kata Najib masuk tabligh, tak pula ada berita mengenainya. Kalau pun itu benar (masuk tabligh), pakaian Najib masih tidak melambangkan yang dia sudah menyertai kumpulan tersebut.
Apa sekalipun, kalau tujuan Najib menyertai aktiviti dakwah kumpulan tabligh ini untuk mendapatkan undi, laman ini boleh katakan, Najib silap besar. Memang, jumlah jemaah tabligh ini ramai di Malaysia, tapi majoriti besar (kalau bukan semua) dari mereka menolak politik dalam beragama. Kumpulan tabligh adalah seperti UMNO pada era 80-an dan 70-an yang menolak agama sama sekali, malah diasingkan pula agama dan politik itu – tindakan yang membawa kepada tercetusnya Amanat Hadi.
Selain itu, kumpulan tabligh dan aktiviti dakwah mereka, kurang mendapat sambutan dari orang Islam sendiri, malah tidak keterlaluan kalau kami katakan, mencetuskan kebencian pula kerana dalam banyak kes kumpulan ini mengganggu keselesesaan orang ramai dengan mengajak mereka berjemaah di surau/masjid.
Pakatan Rakyat patut mengambil peluang di atas kebencian orang Islam terhadap kumpulan tabligh ini dengan mensensasikan kehadiran Najib di markas utama tabligh di Petaling Jaya tersebut. Yakinlah, graf peningkatan sokongan terhadap Pakatan Rakyat akan meningkat naik kalau perkara itu berjaya dilakukan.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=73568

semoga ALLAH memberi kau hidayah wahai penulis blog buat lah solat hajat dan istikharah sebelum kau menulis sesuatu yang kau sendiri x tau kebenarannya..kalau kau bukan orang islam aku doakan kau dapat hidayat dan masuk islam kalau kau orang islam aku doakan semoga Allah memberi petunjuk dan kebenaran pada kau dan ampunkan dosa kau kerana fitnah(dajjal) kau ini..
ReplyDeleteyang penting bukan undian yang Najib perlukan, tapi doa..insha allah dengan doa org2 tabligh ni Allah turunkan kejayaan pada Najib..orang PAS kita lihat sendiri akhlak mereka macam mane..mencerca sesama islam padahal itu ditegah dalam agama...bukan nak membenci tapi itu yg saya nampak pada PAS...
ReplyDeleteBlogger ni batu api punya org
ReplyDeleteini goblog.bukan blogger
ReplyDelete