rozmal menulis
"Satu demi satu isu sensitiviti umat Islam di Malaysia ini dibangkitkan. Semuanya dilakukan dengan terancang, tersusun dan mereka yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini bersatu menegakkan hujjah mereka.Kepada semua badan dakwah, para pendakwah, kumpulan-kumpulan tarikat, jemaah tabligh, ABIM, JIM, Hizbut Tahrir, sukarelawan dakwah, tok –tok imam, tok-tok bilal, dan umat Islam marilah kita bersatu untuk menegakkan hujjah yang dibawa oleh Allah melalui Al Quran dan Rasulnya melalui sunnahnya. Tidak semestinya kita membubarkan semua kumpulan diatas dan menjadikan hanya satu kumpulan, kerana adanya kumpulan-kumpulan dakwah dan tarekat ini adalah juga ketentuan Allah agar kita saling kenal mengenali antara satu sama lain sebagaimana terjadinya manusia ini bersuku-suku dan berbangsa-bangsa.Hendaklah setiap kumpulan dakwah dan tarekat ini , memuliakan antara satu sama lain, dan tidak memperlekeh-lekehkan antara satu sama lain, kerana kita sedang menghadapi satu barisan NGO dan individu yang ingin merobah segala perundangan Islam yang ada di Malaysia ini atas alasan hak asasi manusia, atas alasan undang-undang moral.Setidak-tidaknya hendaklah antara kita mendoakan agar setiap usaha yang dilakukan mendapat kejayaan dan keredhaan Allah. Mendoakan agar ABIM dapat membentangkan memorandum membela undang-undang syariah di Malaysia ini. Mendoakan agar Jemaah Tabligh dapat menarik lebih ramai lagi pemuda yang melepak di jalanan dan berlumba menyabung nyawa memenuhi masjid-masjid di seluruh Malaysia. Mendoakan agar JIM dapat membantu remaja yang terjebak dalam gejala sosial, hubungan luar nikah dan sebagainya. Mendoakan agar Yayasan Kasih Sayang dapat memulihkan penagih-penagih dadah. Mendoakan agar kumpulan-kumpulan tarekat di Malaysia ini terus kekal dan bermunajjat ke hadrat Allah agar umat Islam di Malaysia ini dilindungi.Rapatkanlah ikatan dan ukhuwwah dikalangan kumpulan dakwah dan kumpulan tarekat ini sebagaimana rapatnya saf kita ketika bersolat. Banyakkkan berdoa dan bermunajjat kepada Allah agar Islam di Malaysia ini tidak diperlekehkan. Amalkanlah sikap berlapang dada.Masih selesakah kita bersama keluarga dirumah idaman kita, sedangkan Islam di Malaysia ini semakin terasing hanya tinggal pada nama ?Jika tidak sekarang bila ? Jika tidak kita siapa ?"
Thursday, February 02, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment