Oleh Pencinta Islam
Assalamualaikum,
Melalui ruangan ini saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuklah Jemaah Tabligh yang ingin saya paparkan di sini. Namun apa yang ingin saya huraikan ialah berdasarkan pengalaman saya sendiri bergaul rapat dan sering berjemaah dengan mereka di surau tempat tinggal saya. Saya kagum dengan kecekalan dan keberanian mereka menjalankan dakwah sepanjang masa untuk menarik orang ramai datang ke surau dan mengikuti aktiviti mereka. Saya yakin kebanyakan dari kita sendiri tidak sanggup berbuat demikian apatah lagi dalam suasana masyarakat yang mementingkan duniawi. Silap-silap kita akan disindir atau dimaki oleh orang ramai. Saya juga memuji langkah mereka yang sering berjemaah di surau dan menjalankan aktiviti keagamaan khasnya qiamulail. Maka pada setiap hujung minggu surau di tempat saya akan dipenuhi dengan jemaah tabligh menjalankan aktiviti tetapi tidak digemari pula sesetengah ahli jemaah. Namun saya mempertahankan tindakan jemaah tabligh kerana lebih baik ada aktiviti daripada surau dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Kalau kita sendiri tak sanggup nak buat mengapa pula kita yang sibuk-sibuk hal orang lain yang nak beribadat.
Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan jemaah ini yang ingin saya huraikan dan perlulah diperbaiki supaya ianya tidak menjejaskan konsep dakwah yang sebenar. Antaranya ialah:-
1. Mereka tidak berminat untuk menuntut ilmu.
Walaupun mereka sering menggunakan surau untuk menjalankan aktiviti namun apabila pihak jawatankuasa surau menganjurkan majlis ilmu seperti ceramah atau kuliah agama secara mingguan atau bulanan mereka tidak berminat menghadirinya. Termasuklah kelas tajwid, majlis membaca surah Yaasin setiap malam Jumaat dan lain-lain lagi. Sebaliknya pada masa yang sama mereka meneruskan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah.
Apa yang saya perhatikan mereka hanya tekun dan berminat terhadap Kitab Riyadus Salihin dan Fadhail Amal yang telahpun mereka membacanya berulang-ulang kali. Matan hadis dan ayat Al Qur'an mereka tak baca pun sebaliknya terus membaca terjemahannya dalam bahasa Melayu. Apabila membaca kitab ini mereka akan membuat tafsiran dan huraian mereka sendiri yang tidak berlandaskan nas yang sahih dan rujukan yang tepat. Jemaah yang tidak ada latar belakang agama yang kukuh pun nampaknya beriya-iya nak berhujah hanya berdasarkan apa yang telah mereka dengar sebelum ini daripada rakan jemaah yang lain dan bukannya berasaskan ilmu yang mereka pelajari.
2. Tidak berminat terhadap politik. Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan ahli kumpulan jemaah ini juga saya dapati bahawa mereka tidak berminat langsung dalam soal politik. Hujah mereka politik ini boleh memecah-belahkan perpaduan. Satu puak akan mengata puak yang satu lagi dan begitulah sebaliknya. Hujah dangkal mereka ialah politik akan memusnahkan perpaduan Islam. Oleh itu bagi mereka adalah lebih baik supaya umat Islam menumpukan perhatian kepada dakwah dan tabligh untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan jangan campuri urusan politik. Pendapat dan pandangan ini juga dikeluarkan oleh rakan-rakan dan sahabat saya yang bergelumang dengan jemaah tabligh ini.
Maka dengan sebab itulah mereka redha dengan pemerintahan kerajaan yang ada sekarang kerana tidak pernah menyekat pergerakan aktiviti mereka sebaliknya mereka menjauhi golongan yang menyokong barisan alternatif khasnya PAS kerana mereka melihat bahawa pendekatan politik PAS yang ”Amal makruf nahi mungkar” itu sebagai punca kepada perpecahan umat Islam.
Bagi saya pemahaman mereka ini agak berbahaya kepada pergerakan Islam kerana pada masa yang sama mereka turut ”berkempen” kepada para penyokong PAS supaya mengikuti pergerakan mereka. Maka tidak hairanlah terdapat beberapa penyokong PAS di tempat saya khasnya golongan pemuda yang sebelum ini begitu berkobar-kobar menentang kezaliman UMNO namun setelah mengikuti pergerakan ini mereka diam menikus dan semakin akrab dengan jemaah tabligh.
Untuk pengetahuan pembaca sekelian selama ini jemaah tabligh begitu bermegah dan berbangga sekali kononnya hasil kegiatan mereka, mereka telah berjaya membina dan menyiapkan sebuah masjid yang terbesar di Seri Petaling tanpa bantuan kerajaan. Itu semua omongan kosong belaka. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi pada awalnya pembinaan masjid ini terbengkalai kerana tidak cukup peruntukan. Namun akhirnya telah dibantu oleh pihak kerajaan setelah pihak Cawangan Khas atau Special Branch (SB) berpushati bahawa pergerakan ini langsung tidak bermotifkan politik. Pihak SB mengeluarkan laporan tersebut setelah berbulan-bulan bergaul dengan jemaah tabligh dan akhirnya meyakinkan kerajaan bahawa pergerakan ini tidak menggugat kerajaan sebaliknya boleh dijadikan senjata untuk melumpuhkan pergerakan Islam.
Tuan-tuan carilah di mana tempat sekalipun kalau jemaah tabligh ini berkumpul walau sebesar manapun tidak akan diganggu oleh SB.
3. Tidak mementingkan penampilan diri dan kebersihan
Satu lagi kelemahan jemaah tabligh ini ialah tidak begitu menghiraukan penampilan diri dan tidak mementingkan tentang kebersihan diri dan tempat. Maka kelihatan majoriti mereka mempunyai rambut yang kusut maaitidak bersisir dan dibiarkan panjang. Janggut dan misai kusut masai tidak terurus. Lebih malang lagi pakaian mereka juga compang-camping, berkeredut dan ekor serban yang terjulur panjangnya. Begitu juga dengan surau yang mereka gunakan untuk aktiviti mereka ditinggalkan begitu sahaja dan tidak dibersihkan. Maksud saya tempat sembahyang dan karpet. Kalau karpet tu tak bersih dan berdebu mereka biarkan begitu sahajat. Tempat mereka memasak tiada masalah.
Pernah pada suatu ketika semasa membeli belah di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan masjid mereka malunya saya kerana terdapat 2 orang jemaah mereka berpakaian compang-camping dan bertampal pula beserta dengan lilitan serban yang tak kemas. Bayangkanlah rupa mereka dalam kecerahan lampu yang terang benderang.
Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak berniat langsung untuk menyinggung perasaan ahli kumpulan Tabligh. Saya cuma menegur tentang beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. Janganlah menjauhkan diri daripada majlis ilmu yang disampaikan oleh penceramah yang bertauliah sebaliknya mereka hanya tekun dan rajin dengan aktiviti yang mereka anjurkan sendiri sahaja.
Sekian. Wassalam.
Pencinta Islam
Re: Tabligh Yang Ku Kenali (Skor: 1)oleh crazyklah pada Tuesday, January 31 @ 22:57:25
saya bersetuju dengan JT selagi mana mendekatkan diri pada ALLAH berlandaskan sunnah,tapi dalam pengamatan saya...ada tempatnya JT terlalu bergantung dengan kitab Fadhail Amal yang ada di antaranya memuatkan hadis-hadis dhaif.Dari segi memencilkan diri dengan amalan politik,rasanya ada kelemahan di situ kerana JT mesti disoal tentang sikap pasif terhadap perbuatan mungkar di sekitar.Manusia yang soal takpa lagi...tapi ALLAH camna?Seterusnya dengan kurang pergaulan,kalau dilihat JT memang berasaskan amal maaruf,kenapa kurang pergaulan dan ada segelintir yang menyamakan ulama-ulama yang bergiat dalam politik dengan sifat syaitan.Cukup teruk!Walhal pemerintah yang menghalalkan judi,arak dan seumpamanya didekati seolah tiada yang salah.Apa dah jadi...sorry sekiranya ada mirip perjuangan Mahatma Gandhi pada kaedah pergerakkan ini.
Re: Tabligh Yang Ku Kenali (Skor: 1)oleh PGPA pada Wednesday, February 01 @ 04:32:08
Saya sebut Tablek (tablig), Ibarat seorang yang menjunam ke dasar lautan. semakin dalam semakin kuat tekananya. Lazimnya akan hancur sebelum sampai ke dasar.Boleh kenyang ke jika dengan hanya berdoa?Selalunya spesis jenis inilah yang selalu merosakan minda yang baik. semakin kuat beramal semakin menjadi-jadi kejahatanya. Jika nak dibandingkan dengan mereka yang kurang atau tidak beramal... persentejnya rendah. Contoh dah banyak dah terjadi di depan mata....Apalah guna sembayang tonggang-tonggek siang malam mengaku berilmu kalau kehidupanya mempengaruhi dan merosakan manusia baik yang lain dengan kekalutan dan pendustaan?Mereka dakwa kononya orang yang simpan wang di bank sebagai makan riba. Hakikatnya wang mereka yang diperap di tabung hajipun telah dilaburkan ke genting dan para pengeluar staut..Itu nak kata apa? Apakah mungkin akan menjadi halal Babi yang disembelih oleh mereka dengan jampi bismillah?Atau jenis orang yang menyebut bismillah sebelum meminum arak, Apakah arak itu telah halal untuk diminum kerana terlebih dahulu telah menghalalkan yang haram?
Re: Tabligh Yang Ku Kenali (Skor: 1)oleh Observer pada Wednesday, February 01 @ 10:07:31 PGPA, komen anda terlalu keras dan saya kurang setuju dgn kaedah anda walaupun agak bersetuju dgn isinya.Ada satu cerita yg terjadi lebih kurang 10 tahun dulu. Ada sorang jemaah tabligh (tak balik???) keluar ke Melaka kalau tak silap saya la. Belum pun cukup tempoh yg ditetapkan (40 hari kot) dgn takdir Allah rumah beliau di KL terbakar dan seorg anak beliau meninggal dlm kejadian tuh. Beliau berjaya dihubungi dan terus bertolak dari Melaka ke KL. Tapi yg mengejutkan tu, beliau tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya terus ke markaz. Kalau ada sesiapa yg mengetahui lebih detail ttg cerita ni bolehlah ceritakan di sini. Cerita ini diceritakan oleh seorang ustaz yg sekarang ini bertugas di JAWI yg sebelum ini pernah menyandang jwtn Pengetua sebuah Pusat Latihan Dakwah dan juga pernah menjawat jwtn Timb Mufti Melaka.Mungkin tidak semua ahli jemaah yg macam ni utk kita menghukum keseluruhan jemaah ini. Tetapi terlalu banyak cerita yg agak sensasi yg boleh mengelirukan umat Islam lain yg membabitkan ahli jemaah ini. Bukan saya menentang jemaah ini, ada juga sebahagian ahli jemaah ini yg saya amat bersetuju dgn pendekatan dan amalan beliau. salah seorangnya tokoh popular jemaah Tabligh dr Kota Bharu iaitu Ust Hj Wan Y.... (beliau juga mengajar di masjid2). Tapi jarang sekali saya menemui ahli tabligh seperti beliau....
Re: Tabligh Yang Ku Kenali (Skor: 1)oleh matjan pada Wednesday, February 01 @ 11:54:03 jemaah aku tetap `TABLIGH'
Re: Tabligh Yang Ku Kenali (Skor: 1)oleh cakroaminoto pada Friday, February 03 @ 08:55:45 Wak tak minat cara tabligh sejak dulu lagi sebab mereka macam memaksa orang lain di surau atau orang yang kaki surau-masjid untuk duduk dengar bayan dia orang. Wak rasa kebanyakannya bukan ustaz sebab mereka baca terjemahan ayat atau hadith sahaja. Kelas pengajian di surau tak ikut pulak.Ada jiran wak kat kampung, cucunya berkahwin dengan budak tabligh. Isterinya yang dulu kerja disuruh berhenti. Berniaga ala kadar, bila dapat duit beliau pergi bertabligh ke India. Anak isteri tinggal merana nasib baik ada ahli keluarga yang bantu. Yang lucunya bila suruh tampil azan atau jadi imam di surau, mengelak pulak.
Thursday, February 02, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment