Sedikit masa dahulu, sebelum pilihanraya umum, saya begitu bersemangat sekali untuk menyokong dan mengundi PAS.
Kecintaan saya kepada perjuangan Islam begitu mendalam sehingga saya telah menghantar luahan dan pendapat yang tidak kurang banyaknya kepada web www.tranungkite.net.
Pendapat yang telah saya hantar kepada web ini, dan telah dipaparkan oleh pihak tuan ialah berkaitan ketidakpuasan hati saya kepada Jemaah Tabligh. Saya telah menggunakan banyak nama seperti Yus, Karkun dan macam-macam lagi yang saya tidak ingat, kerana saya mempunyai lebih dari satu email.
Pada masa tersebut saya telah tidak berpuas hati kepada Jemaah Tabligh tentang banyak perkara, dan saya telah hebahkan berbagai-bagai pengalaman yang saya alami bertahun-tahun sejak saya bersama Jemaah Tabligh sehingga saya keluar dari jemaah mereka, hampir semuanya saya gambarkan sebagai pengalaman buruk dan menyeleweng (pada pendapat saya).
Semuanya berpunca dari satu iaitu jemaah ini telah menanamkan dalam diri saya (dan mungkin juga ahli jemaah yang lain) bahawa mengundi adalah haram, tidak sunnah, jadi kita ahli jemaah tidak dibenarkan mengundi, bercakap politik pun tidak dibenarkan, kerana ia akan memecahkan umat dan tidak akan menarik orang bersama-sama kita Jemaah Tabligh dalam aktiviti kita.
Jadi saya amat tidak berpuas hati kerana setelah saya meneliti dan memahami perjuangan PAS memperjuangkan perkara wajib dalam agama (yang menyebabkan mengundi PAS itu juga menjadi wajib hukumnya), bagaimana jemaah ini boleh berkata sedemikian?
Lantaran itu, saya yang amat geram telah menghantar berbagai-bagai tohmahan kepada jemaah ini melalui web tuan.
Saya juga ada menyelitkan web http://www.fatwa-online.com/index.htm sebagai rujukan untuk pembaca meneliti dan menilai.
Tohmahan saya itu ada yang betul, dan ada yang merupakan fitnah. Fitnah kerana perkara yang tidak dibuktikan oleh pihak bertanggungjawab (seperti jabatan agama, mufti dsb.) sekadar mengikut pengalaman saya sahaja, juga telah saya luahkan sekali dalam email-email saya.
Jadi dengan email ini saya ingin MEMOHON MAAF kepada semua ahli Jemaah Tabligh yang pernah dan masih mengunjungi lawan web ini di atas segala tohmahan saya yang merupakan fitnah. Persoalannya yang mana yang fitnah? Yang mana yang betul? Terserahlah kepada Allah yang menentukan, Dia mengetahui segala yang tersembunyi di dalam semua pertubuhan keagamaan di seluruh dunia.
Saya juga ada mengajukan permasalahan saya ini kepada pihak PAS melalui email agar mereka dapat menyiasat atau menjernihkan permasalah ini, terpulanglah kepada pihak PAS apa yang patut dilakukan.
Saya juga bercadang untuk mengajukan perkara ini kepada pihak mufti yang lebih bertanggungjawab dalam hal keagamaan.
Jadi maafkanlah saya di atas perkara yang bathil yang telah saya lakukan wahai ahli Jemaah Tabligh dan para pembaca sekalian.
Dilulus terbit pada Saturday, February 05 @ 22:27:49 CST oleh LinuxPro
Thursday, February 02, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment