Thursday, February 02, 2006

Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig

Dihantar Oleh : annas

Asslammualaikum Warahmatullah Hiiwaabarakatuh.Maaf seandainya paparan artikel ini membicarakan soal maruah dan kehidupan setiap insan yang ingin hidup dalam suasana agama.Pendapat Tok Penghulu berkenaan isu yang diutarakan mengenai Jemaah Tablig itu adalah luahan hati atau bagi saya sebagai satu teguran ikhlas dari sekeping hati seorang insan yang bernama manusia. Tapi kita sebagai insan tak semestinya memandang setiap amalan manusia dari segi perseorangan mahupun tuduhan melulu sehinggakan semua yang ada dalam jemaah itu terpalit malu dan terasa terhina akibat luahan hati seorang manusia yang mungkin ada benarnya ataupun mungkin ada kesilapan dalam meluahkan setiap apa yang dilihat dan diselidikinya selama ini.Itu pendapat masing-masing,terserah pada insan itu.
Ini pula luahan hati saya yang telah lama berdampingan dengan Jemaah Tablig ini,sejak dari tahun 1987 hingga sekarang .Saya secara peribadi memang mengikuti perkembangan usaha dakwah ini dan sering melihat,duduk bersama dan bertukar-tukar pendapat dengan mereka .Bagi saya usaha murni dan matlamat dakwah mereka tiada yang nak dipertikaikan kerna mereka cuma berusaha memperbaiki diri,keluarga dan cuba mengikuti sunnah dan cara hidup rasullullah s.a.w dalam kehidupan seharian disamping mengajak rakan atau insan yang lain untuk menjalani suatu kehidupan yang terbaik.Pendapat dan teguran Tok Penghulu mengenai cara hidup Jemaah Tablig dan cara mereka berpakaian compang -camping,selekeh atau rambut kusut musai.Bagi saya itu bukan semua ahli tablig yang bersikap sedemikan.Mungkin sebahagian yang baru atau sememangnya terlalu taksub iaitu bersikap zuhud pada dunia dan cuba mengamalkan sikap rendah diri sebagai suatu latihan untuk menghilangkan sifat sombong,takabur dan terlalu taksub pada kehidupan dunia yang hanya sementara ini.Cuba kita lihat dari hati yang penuh ikhlas dan rendah diri,bukannya semua jemaah tablig itu bersikap seperti apa yang diutarakan oleh Tok Penghulu.Masih ramai Jemaah Tablig yang berpakaian bersih,kemas dan mengikuti cara sunnah dan kebersihan diri yang terbaik,Sekali lagi,bukan semua bersikap sedemikan.Pendapat yang lain mengikut luahan hati Tok Penghulu,mengenai sikap jemaah yang sering tidak mengikuti program agama yang dijalankan di kawasan Tok Penghulu,itu mungkin ada benarnya.Tapi tak semua jemaah itu bersikap sedemikian rupa.Ada juga dikalangan mereka yang ingin belajar ilmu agama dalam setiap majlis agama yang dijalankan,malah mereka turut dalam setiap program agama seperti majlis yassin,ceramah dan gotong-royong.Bagi saya mungkin ada sebilangan jemaah tablig itu terlalu mementingkan dakwah dan sering tidak memperbaiki cara berpakaian,akhlak dan kerap keluar surau bila ada sesuatu majlis ilmu dijalankan itu harus diperbaiki dan difikir-fikirkan kepada mereka yang masuk jemaah tablig dan merosakkan nama Jemaah Tablig yang memang mengutamakan sifat terpuji dalam kehidupan seharian.Jangan cemarkan usaha dakwah yang dibawa oleh para ulama yang terdahulu sehingga sebilangan masyarakat memandang sinis masalah sedemikan dan merosakkan ahli jemaah yang lain.Ini sekadar luahan hati dan renungan bersama,Sebagai teguran untuk sebilangan ahli jemaah tablig ataupun sesiapa jua jemaah surau ataupun mereka yang bernama insan yang mempunyai seketul hati yang kecil,saya nak meluahkan suatu perasaan yang telah lama terpendam dan terkubur dilubuk jiwa ini yang penuh tangisan dan sedikit terguris oleh mereka yang hidup dalam satu kalimah dan syahadat Islam Ahli sunnah Waljamaah,"JANGAN MUDAH MENGAIBKAN SESEORANG INSAN AKIBAT KESILAPAN KECIL SEHINGGAKAN SANGGUP MELEMPARKAN INSAN ITU KE NERAKA MELALUI MESEJ TERTENTU,JANGAN MUDAH MEMFITNAH DAN MEMALUKAN MARUAH SESEORANG SEHINGGAKAN INSAN ITU MALU DAN TAK LAGI DATANG UNTUK BERIBADAH KE SURAU,"Luahan dan bicaraa ini khas buat sebilangan ahli jemaah yang sengaja mengaibkan maruah seseorang insan yang mempunyai talian darah sesama islam.Khas buat mereka yang terasa...cubalah muhasabahkan diri anda dan cubalah berbincang secara baik tanpa menjual maruah dan memalukan aib saudara sendiri.Luahan ini untuk anda yang berada dalam suatu jemaah persaudaraan islam dan suatu bumbung dibawah rahmat Allah.Kepada Tok Penghulu,luahan anda memang ada benarnya dan kepada mereka yang terasa perlu memperbaikinya kerna setiap makhluk yang bernama manusia ,pasti ada kesilapannya dan kita sebagai sauadara seagama perlu berusaha menegur dan bermuzakarah secara yang terbaik.Kepada sebilangan jemaah yang lain janganlah terlalu sangat nak mengaibkan maruah saudara anda hingga sanggup menjual fitnah ke serata tempat,sedangkan kita pernah hidup dalam suatu kelompok persaudaraan islam dan sering beriktikab di surau dan sering beribadah malam.Cubalah berbincang secara baik dan janganlah memalukan kesilapan saudara mu yang memang diakui kesalahannya.Anda fikir-fikirkanlah Dari saya yang bernama insan daif dan sering lalai dan kadang-kala tersilap dan perlu bimbingan sebagai seorang kawan dan pernah berjemaah solat di surau anda.Sekali tersilap mungkin akan berubah selamanya.

SEKADAR RENUNGAN UNTUK SEMUA .
KOMEN WM: Sdr Annas saya tak tulis artikel itu, saya hanya melulus terbit artikel yang dihantar ke laman ini. Jadi artikel berkenaan tak ada kaitan dengan saya. Saya minta pengunjung untuk beri komen tapi malangnya pengunjung pun sama, tak teliti dan buat penyelidik akhirnya beri ulasan menyebab makin keliru.

Dalam banyak hal kita perlulah hikmah jadi buat komen sebarangan. - Tok Penghulu (1 Feb 2006)Catatan : Sahabat pembaca semua, tolong betul pandangan sdr Annas dengan baik dan hikmah, mungkin ada sedikit kekeliruan berlaku. Saya malas nak ulas. - Tok Penghulu"

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh badok pada Wednesday, February 01 @ 02:00:47
Saudara Anas yg dimuliakan...Saya tak baca apa komen sdr.Tok penhulu mengenai Jamaah Tabligh.. tapi dari apa yg saudara Anas utarakan,,jelas Tok Penghulu mengkritik Tabligh secara berat.Apa pun..Tok Penhulu berkata benar. Memang benar ahli Tabligh selekeh, pengotor dan tiada ciri kenabian langsong dari segi penjagaan diri. Kalau mahu berhujjah dari aspek zuhud., nabi tak pernah suruh umat berpakaian compang camping dan lusuh. Nabi tak suruh umatnya berjanggut menjela jela sampai ke pusat. Adab berjangut, potong jika ianya lebih segengam jari. Itu sunnah nabi.Saya kenal ramai pengikut Tabligh, family Tabligh yg lintang pukang. kalau saudar Anas mempertahankan hanya segelintir sahaja pengikut Tabligh yg berada dlm keadaan demikian,..ini jelas dakwah tabligh adalah songsang. Meninggalkan keluarga berbulan bulan, bila ditanya sbb apa?..nak berdakwah..isteri dirumah tudong kepala pun tak pakai...anak anak pakai seluar pendek lagi..macam mana nak dakwah org lain kalau manusia dipanggil ahli keluarga nya berada dlm laknat Allah???Saudara Anas..tolonglah,.terima lah reality ini. Tabligh adalah songsang. Kerajaan tidak pernah menentang Tabligh kerana Tabligh menharamkan ahli ahli nya masuk campur dengan politik apa tah lagi menyokong PAS. Ada juga malahan ramai ahli Tabligh yg meyokong UMNO.. tapi itu dikira ok.Kalau saya nak huraikan satu persatu untuk saudara Anas ttg Tabligh ni...tak cukup muka suratCukuplah sekadar..jika mahukan Islam...ikutlah jejak Rasullallah. Tabligh tak ikut jejak sapa sapa..hanya yg mulia pada mereka maulana maulana di India tu saja... Saudara Anas..tanya diri anda APA DAH JADI DENGAN MASJID BABRI DI INDIA????...sila jwb.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh taru pada Wednesday, February 01 @ 03:31:56
assalamualaikum...kepada en badok,saya tidak bersetuju dgn hujah en badok...jika en badok mempertikaikan kenapa jemaah tabligh keluar berdakwah sedangkan isteri dan anak di rumah kurang praktiskan islam.... bererti en badok juga mempertikaikan kenapa nabi nuh keluar berdakwah sedang kan anak n isteri baginda terang2 menentang ajaran nabi nuh, kenapa juga nabi lut keluar berdakwah sedangkan isteri baginda terang2 membantu golongan homoseksual... saudara badok harus faham isteri dan anak2 itu juga adalah salah satu dugaan dr Allah... yg penting kite perlu menasihat dan menghukum isteri dan anak kite yg tidak mengamal kan islam, tetapi hidayah dan petunjuk itu dr Allah. walaubagaimanapun kite jgn putus asa tuk terus berusaha n berdoa..."Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]sy juga kurang faham kenapa saudara badok menghukum tabligh itu songsang, adakah kerana tabligh x join politik maka semudah itu kite menghukum mereka songsang, adakah kerana tabligh x join pas kite sesedap rase menghukum ia songsang, adakah tabligh dimulakan di india maka kite cakap ia songsang, bagaimana pula jemaah ikhwan yg bermula di mesir, bagaimana pula pas yg bermula di malaysia, jika begitu sikap en badok, saya rase en badok la yg songsang...sy bukan ahli tabligh, tetapi sy tahu jemaah ini sumbangannye kepada masyarakat, fikrah ikhwan juga ade sumbangan nye pasa masyarakat, pas juga ade sumbangan nye pada masyarakat, tanya pula diri kite, apa sumbangan kite pada masyarakat!!!

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh benzaini pada Wednesday, February 01 @ 08:45:56
al-salam 'alaykum wa rahmat Allah wa barakatuh,Pertama: Penulis artikel asal mengenai JT ialah Pencinta Islam, bukan Tok Penghulu, Web Master Tranung Kite ni, yang hanya bertanggungjawab meluluskan artikel berkenaan untuk siaran.Kedua: Setiap gerakan ada kekuatan dan kelemahannya. Ada yang kelemahannya lebih banyak daripada kekuatannya dan sebaliknya. Setiap orang perlu mengakui kelemahannya dan berusaha untuk mengatasinya. Ketiga: Setiap gerakan Islam, baik politik atau pun tidak, masing-masing ada sumbangannya kepada Islam. Masing-masing dalam bidang atau lapangan masing-masing. Mereka tidak wajar memperlekeh dan merendah-merendahkan di antara satu sama lain. Sebaliknya, gerakan-gerakan ini patut saling berkerja sama di antara satu sama lain dan lengkap melengkapi. PAS dalam bidang politiknya, ABIM dengan belianya yang patut menjadi pembekal pimpinan kepada PAS, RUFQA' dalam bidang ekonminya, dan JT dalam bidang da'wahnya, walau pun sempit. Begitulah dengan gerakan-gerakan lain. Janganlah saling tuduh menuduh dan berusaha untuk meruntuhkan gerakan lain.Yang penting, mana-mana gerakan yang merasa ada kelemahan, berusahalah membaiki kelemahan masing-masing supaya semuanya menjadi kuat dan dengan itu Islam dan ummatnya menjadi kuat. Wa Allah a'lam.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh miharludba pada Wednesday, February 01 @ 09:16:30
Assalamualaikum.Nampaknya masih tak habis-habis lagi soal ahli satu jamaah memperlekehkan jamaah (ahli) yang lain. Padahal apa yang diperlekehkan itu juga terdapat pada sebahagian ahli jamaah siperlekeh itu.Saya rasa sepatutnya antara satu jamaah dengan jamaah lain yang menyatakan memperjuangkan Islam tidak memperlekeh (menggunakan perkataan atau ayat yang menunjukkan kearah itu seperti songsang, jumud, selekeh ) antara satu sama lain, tapi perlu saling nasihat/memperbaiki kelemahan (guna perkataan atau ayat yang menunjukkan nasihat/cadangan) dan perlu juga melihat kepada kelebihan jamaah lain (selalunya dilihat kekurangan jamaah lain lalu dirasa jamaah sendiri paling hebat) untuk diguna pakai (mungkin dengan beberapa pengubahsuaian).Satu contohlah : Apakata ahli-ahli PAS pergi dari rumah ke rumah ajak penghuninya solat berjamaah disurau/masjid dan lepas setiap solat buat tazkirah (tak mesti baca kitab tabligh) dan ahli-ahli tabligh perlu terlibat juga memperjuangkan politik Islam dan menyatakan pendirian dengan jelas tentang isu-isu semasa yang menyentuh umat.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh mustasyarmusaid pada Wednesday, February 01 @ 09:24:01
askm.saya ahli pas amat bersetuju dengan tulisan benzaini dan miharludba.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh AbduFathir pada Wednesday, February 01 @ 11:19:04
aku pun setuju, buat apa kita nak perlekeh/cari salah org... kebanyakan tuduhan tu semuanya masalah individu, matlamat asal perjuangan mereka mulia... sama mcm gerakan2 Islam lainAku tak heran.. budaya perlekeh & cari salah org ni mmg dah sebati dlm masyarakat kita (sekadar muhasabah diri...)

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh matjan pada Wednesday, February 01 @ 11:55:39
jemaah aku tetap `TABLIGH'

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh ahmadhadeed pada Wednesday, February 01 @ 12:06:31
AssalamualaikumJangan lah berbincang sampai bergaduh dan sampai terguris hati seseorang. Ahli jemaah tabligh dengan methodology nya , pas dengan methodologynya . Selagi ia tak bercanggah dengan islam maka kita adalah saudara se perjuangan. Jamaah tabligh hebat dengan kesabaran mereka mengajak orang untuk memahami kalimah shahadah dan sembahyang berjamaah di surau .PAS pula hebat dari segi mengajak ummah kepada shariah islam dan sensitive kepada isu yang di hadapi oleh ummah. Masing masing ada kekuatan dan kelemahan. Inshaallah gabungan amal jamaai dari berbagai kumpulan islam akan saling sokong menyokong saperti tembok islam yang kukuh . Ikhlaslah diri kita kepada Allah

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh soomtam pada Wednesday, February 01 @ 14:11:59
Asslammualaikum Warahmatullah Hiiwaabarakatuh.Saya rasa tergerak untuk ikut serta dalam perbincangan ini. Saya sememang jahil dalam bidang agama. Boleh jelaskan apa yg saya dengar seperti golongan pendakwah Agama buang politik islam dan ada golongan berpolitik buang hukum2 agama.Saya rasa pastinya disoal kita diakhirat kelak kalau kita termasok kedalam golongan2 pincang ini; Siapa sanggop kata ini perkara remeh temeh atau akidah kita tidak terjejas kerananya.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh IbnAbdHalim pada Wednesday, February 01 @ 15:53:33
Assalamualaikum wr. wb.!Maaf turut campur sikit! Kita sesama manusia ni mana ada yang seratus persen sempurna, melainkan yang dimaksumkan Allah. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahannya. Selagi ada hasrat untuk muhasabah diri kita terima mereka dengan baik sangka. Yang pincang dan selekeh tu orangnya, bukan pertubuhannya. Kalau pertubuhannya yang pincang maka itu kita tolak.Setiap jamaah, jika ada kritikan secara membina maka terimalah. Bagi yang mengkritik pula gunalah cara yang lebih berhikmah apabila membuat teguran dan kritikan. Manusia ni ada perasaan. Perasaan itulah yang harus dipelihara.Di zaman di mana islam diasak dari pelbagai penjuru, kini bukanlah masanya untuk berpecah. Kita harus memungut kekuatan masing-masing dan bersatu menghadap musuh yang satu, iaitulah toghut, di samping memperbaiki kelemahan masing-masing. Kelemahan juga wajib diatasi untuk mempastikan kemantapan jatidiri. Bersatu teguk, bercerai roboh!

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh crazyklah pada Wednesday, February 01 @ 16:17:27
satu hari di tahun lepas, sejemaah JT menziarahi saya...dari Pakistan,rahabanya dari Seremban,keluar bersama.Alhamdulillah sungguh murni usaha mereka kerana pada hemat saya...terpanjang sunnah Rasul s.a.w. hingga ke hari ini.Dipendekkan...yang perlu diambil iktibar ialah kata amir JT Pakistan yang lebih kurang ramai yang mengaku membuat tabligh tapi tak ramai yang mengerti sebenar-benarnya cara bertabligh menurut rasul s.a.w. Untuk itu selain dari komen-komen saudara-saudari dan komen saya yang terdahulu...ingatlah bahawa syaitan itu sentiasa mencari peluang memecahkan ikhwan-ul-muslimin.Ayuh kita ramaikan keluarga masjid terutama anak-anak muda yang jauh bertenaga lagi kuat azam untuk membangunkan ummah.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh PakNgah (xxxx@gmail.com) pada Wednesday, February 01 @ 16:29:32
Mencari persefahaman antara jamaah2 Islam inilah yang sepatutnya menjadi agenda kita umat Islam.As-Syahid Dr Abdullah Azzam di antara mujahideen yang gugur syahid di bumi Afghanistan banyak menyaranakan perkara ini, persefahaman dan toleransi antara kumpulan-kumpulan Islam.Beliau berbangsa Arab dan amat di seganai oleh kumpulan2 Islam yang mempunyai pelbagai fikrah. Beliau menyatukan kumpulan2 Islam Mujahideen untuk menentang komunis Rusia.Dalam keadaan sekarang, umat Islam sudah tidak boleh berpecah lagi walaupun mempunyai pendekatan berbeza. Cari titik persamaan. Setiap Jamaah Islam mengisi ruang2 dakwah yang masih kosong.Tabligh mengajak orang ke masjid, PAS menegakkan al amru bil maaruf wa nahi anil mungkar....Jamaah2 lain meneroka bidang lain. Orang Mukmin dengan orang mukmin merupakan penolong di antara satu sama lain.Isu berbilang Jamaah perlu ditangani dengan penuh hikmah.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh ntHadhari pada Wednesday, February 01 @ 19:25:11
kesian tok penghulu...dia bukan penulis artikel tersebut, tapi dia yang kena komen mula2 sekali...mmg hebat kao kita tengok gerakan jemaah tabligh ni...cuma yang aku, ramai ahli tabligh ni tak memperdulikan isu politik dan di msia ramai ahli tabligh yang menyokng umno lihat di pakistan, semasa peperangan taliban dengan amerika di afghanistan...semasa itu juga di adakan perhinpunan tahunan tabligh disana...tapi adakan tabligh menyentuh mengenai isu islam di serang oleh amerika di afghanistan? cuma yang aku tahu, kat kampung aku ramai ahli tabligh yang menyokong umno.dan pernah aku bercakap ngan seorang ahli tabligh di kuala lumpur yang percakapan nya condong kearah umno

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh badok pada Wednesday, February 01 @ 21:05:43
Khas untuk saudara/saudari TARU...Kitab mana yg saudar/i baca mengatakan yg Nabi Nuh dan Nabi Lut tak berdakwah kepada isteri/anak2 mereka??....tolong perjelaskan..Jika saudara/i TARU tak dpt jawab..jg sesat kan org lain dg hujjah tersebut.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh abuzar pada Wednesday, February 01 @ 22:32:28
Asalamualaikum, semoga Allah membantu kita dan selama usaha kita berterapkan usaha Anbiya dan para sahaba, dan disaluti dengan keikhlasan, disitu ada jalan kearah kejayaan. Setiap usaha yang menuju kearah Allah Taala, selama-mana aqidahnya benar, kita tak bolehlah melaga-lagakan atau memperkecilkan usaha itu. Jadi apa pun pendekatan atau parti yang diikuti, itu bukan maksud kita, itu hanya jalan kita. Maksud kita dijadikan untuk beribadat pada Allah semata-mata.Seseorang nak keselatan dan dia ambil lebuh-raya utara-selatan, lebuh-raya bukan maksud dia, itu hanya jalan dia. Jadi Tuan-tuan yang mulia, Tabligh itu usaha dia tanpa sempadan, tanpa tertakluk pada negeri mahupun status induvidu. Hari ini setiap tahun, bukan seribu-dua orang keluar dijalan Allah diseluruh dunia,beratus-ratus ribu malah keangka juta. Dan diseluruh dunia tahu usaha ini, walaupun jemaah berserban, berjubah namun setiap sempadan dilalui tanpa masaalah yang besar. Dan syukur pada Allah yang melindungi usaha ini. Dimana-mana pun ada markaz-markaznya dengan pusat-pusat pengajian madrasahnya. DiEropah, singgahlah keDewsbury,UK atau masjid Rahma,diParis, juga dibenua Amerika, benua Afrika seperti diMaroko, South Afrika belum lagi diceritakan diSri langka, Bangladesh, India dan Pakistan juga tempat-tempat lain.Dan kini berapa juta saudara-saudara kita kembali pada ugama asbab usaha ini. Usaha melalui tenaga positif (damai) bukan negatif (marah-bara). Teknik harian seorang petani dikebunnya takkan sama tekniknya dengan seorang yang berkerja dipejabat PBB dalam bidang pertanian. Begitu juga, bila kita ajak saudara-saudara kita yang jauh dari ugama, takkan kita nak buka semua kitab-kitab sahih Bukhari. Kitab fazail amal, fazail sedeqah adalah tentang tarqib, yakni kelebihan setiap amal solehan untuk mendorong diri dan orang lain keamal-soleh. Bab masail, memang digalakkan oleh ulamak (masaik) Tabligh agar kita duduk dalam majlis-majlis ilmu, dimana sahaja, bukan setakat maklumat tetapi sebagai dalil untuk beramal. Gemarkan Ilmu juga Zikir salah satu sifat yang ditekankan oleh ulamak (masaik) Tabligh. Dalam usaha ini jemaah Tabligh diajar hormat setiap orang (terutama yang ada kalimah Laillahaillallah) samaada pembangkang atau pemerintahan tambahan pula kalau yang memerintah itu sembahyang 5 waktu. Sembahyang 5 waktu adalah asas penting dalam menuju maksud hidup kita. Maaf zahir dan batin.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh Senapang pada Wednesday, February 01 @ 23:33:17
Tabliq bagusss, PAS bagussss, UMNO tak bagusss..

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh bwan pada Thursday, February 02 @ 00:10:23
Seseorang nak keselatan dan dia ambil lebuh-raya utara-selatan, lebuh-raya bukan maksud dia, itu hanya jalan dia.Bunyi macam UMNO je ni, the end justify the means, politik machiavelli atau tujuan menghalalkan cara. Maaf kalau tersilap teka tapi bagi saya lebuh raya Islam satu saja, "siraatul mustaqim". UMNO pun mendakwa nakkan Islam dan mereka guna pelbagai jalan dan lebuh raya untuk mencapainya.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh soomtam pada Thursday, February 02 @ 01:14:30
Terima kasih kepada bwan. Saya setuju benar dengan pendapat anda. Memang jelas perbezaan JT, umno dan pas. Asas pertubuhan itu dah berbeza bukan sekadar individu sahaja.

Re: Renungan Untuk Tok Penghulu dan Jemaah Tablig (Skor: 1)oleh cakroaminoto pada Friday, February 03 @ 09:16:04
Jemaah tabligh kalau terasa mereka perlu berdakwah, elok benar lengkapkan diri dengan ilmu agama. Ikuti kuliah agama di masjid dan surau. Jangan mengajak orang lain ikut cara hidup jemaah tabligh yang selekeh, tak peduli anak bini masa bertabligh dan tidak mempedulikan keperluan berpolitik cara Islam. Wak setuju sangat kalau pihak masjid dan surau tidak membiarkan jemaah ini menjadikan masjid-surau tempat lepak mereka. Mereka mengacau keselesaan penduduk setempat untuk beribadah. Wak percaya yang anti tabligh ni ada sebab mengkritik mereka sebab perangai mereka yang memalukan itu.

No comments:

Post a Comment