Aku berkelahiran dari negeri che Siti Wan Kembang. Walaupun begitu, aku dibesarkan di negeri Selangor Darul UMNO.Kehidupanku semasa kecil banyak dihabiskan masanya di Selangor berbanding Kelantan. Ini disebabkan ibu bapaku merupakan orang yang telah lama menetap di Selangor.Kehidupan di Negeri Kelantan bermula setelah aku berumur 13 tahun, dimana ketika itu aku menuntut ilmu agama di salah sebuah pusat pengajian Islam di sana.Aku mengenali Jemaah Tabligh dari seorang kawan yang sama-sama belajar denganku. Dia telah mengajakku untuk keluar selama 3 hari di sebuah masjid di daerah Pasir Mas. Aku mula mempelajari kehidupan sebagai seorang pendakwah bercarakan Jemaah Tabligh.Aku tidak mengerti, mengapa aku bersama-sama dengan jemaah tersebut. Aku memandangnya sebagai satu jemaah yang baik, kerana pada pandanganku ketika itu, Jemaah Tabligh merupakan satu-satunya jemaah yang betul-betul mengamalkan sunnah, disamping di "sumbat" di pemikiranku bahawa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan ke masjid-masjid merupakan amalan Nabi SAW dan para sahabat.Aku aktif dengan gerakan Jemaah tabligh ini, sehinggakan aku belajar di Pondok Lubuh Tapah Pasir Mas. Aku masih ingat, seorang "karkon besar" dari Dusun Raja, iaitu markaz besar tabligh di kelantan telah datang berjumpa dengan Tuan Guruku, iaitu Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman, atau dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah Lubuh Tapah, untuk keluar selama 3 hari bagi berusaha kearah kesempurnaan Iman.Amat mengejutkanku, respon dari Tuan Guru terhadap ajakkan itu amat buruk sehinggakan tuan guru telah mengambil sikap menghentam "karkon" tersebut.Pada mulanya, aku agak tidak boleh menerima cara pendekatan tuan guruku itu, tetapi selepas dari itu, aku menerima alasan yang dikemukakan oleh Tuan Guru dengan hujjah firman Allah;æÃäÐÑ ÚÔíÑÊß ÇáÃÞÑÈíäMaksudnya;"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"(Surah As-Syuara' : 214)Mendengar hujjah dari tuan Guru, aku beranggapan itu adalah pandangan tuan Guru yang patut di hormati.MARHALAH BAKISTANIYYAHAku tetap belajar di Pondok Lubuk Tapah, di situ aku mula mengenali PAS lebih dalam, ini kerana, Tuan Guru Haji Abdullah merupakan salah seorang bahan rujukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dihormati, yang selalu datang ke Pondok menziarahi tuan Guru dan berbincang tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan pemerintahan negeri berlandaskan Agama.Tuan Guru Haji Abdullah merupakan seorang Tuan Guru yang tidak lokek untuk menceritakan pengalamannya kepada anak-anak muridnya sehinggakan kami dapat belajar dari pengalaman beliau untuk menjadi bekal kami di kala pulang menyampaikan dakwah kepada masyarakat akan datang.Antara pengalamannya yang diceritakan kepada kami adalah berkenaan persahabatan beliau dengan tuan Guru Nik Abdul Aziz yang merupakan menteri Besar Kelantan.Aku mula berminat dengan Karisma kepimpinan tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang didapati merupakan seorang Tuan Guru yang mendapat pendidikan Agamanya dari Negara India, Pakistan dan Mesir.Disebabkan aku merupakan seorang "karkon", aku mempunyai kawan-kawan rapat yang belajar di Pakistan. Daripada situ, aku mula bertanya kepada mereka tentang pengajian disana.Sehinggakan aku berjumpa dengan seorang kawan yang memperkenalkanku dengan seorang pelajar yang masih belajar di Pakistan.Aku pun menanam azam yang tinggi untuk belajar di sana dan akhirnya aku berjaya ke Pakistan dan menyambung pengajianku di Pakistan.Aku bernasib baik, kerana aku ke Pakistan melalui persatuan Pelajar Islam di sana yang kepimpinannya terdiri dari orang yang berfikrah PAS, bukan ABIM, bukan Salafi dan bukan UMNO (laktanullah Alaih).Kefahamanku tentang perjuangan Islam berwadahkan PAS semakin menjadi sebati didalam memahami perjuangan Islam ini, khususnya di Malaysia.Walaupun begitu, aku tetap seorang karkon, yang masih beristiqamah dengan konsep dakwah Tablighiyyah ini. Aku sentiasa mengunjungi sebuah Universiti di Karachi yang bernama Jamiah Binuri Town yang disitu merupakan sebuah Universiti Islam yang kebanyakan pelajar Malaysia bermazhab tabligh ini belajar di situ.Aku dijumpai seorang kawan dari Jemaah Tabligh, yang merupakan kawan lamaku semenjak di Malaysia lagi. Dia telah mengajakku meninggalkan perjuangan Islam berkonsepkan kepartian, ini kerana, kedatangan kita ke Pakistan, bukanlah untuk berpolitik, tetapi untuk belajar.Aku menerima pandangan itu sebagai pandangan semata-mata, tetapi aku tetap tidak "beriman" dengan pandangan itu, kerana, walaupun masih belajar, tetapi memahami dakwah kepartian merupakan sesuatu kepentingan didalam gerakan Islam. Walaupun tabligh sudah lama bergiat menyampaikan Islam, tetapi tabligh belum mampu melaksanakan undang-undang Islam didalam system pemerintahan, ini menyalahi PAS, kerana, kejayaannya terbukti dengan memperkenalkan rang undang-undang Hudud kepada masyarakat, tutup kedai arak, judi dan sebagainya.AKU MULA MEMBENCI TABLIGHDidalam jangka lebih kurang 3 bulan selepas itu, aku telah menziarahi Jamiah Binuri Town buat kali keduanya. Kali ini, baru tembelang Jemaah Tabligh Malaysia di Pakistan terbongkar, ini kerana, aku dapati, boleh dikatakan 90 peratus dari mereka merupakan ahli Kelab UMNO Pakistan.Kebencian makin memuncak, apabila didapati, kawan yang mendakwa kedatangan kita ke Pakistan bukan untuk berpolitik, tetapi untuk belajar, merupakan seorang ketua Kelab UMNO Pakistan.Aku mula membenci Tabligh disebabkan dengan cirri-ciri kemunafikan dan kesyaitanan yang ada pada pejuang-pejuang Tabligh itu.Kebencian itu menyebabkan aku mufaraqah dari jemaah tersebut dan aku sudah menjadi seorang yang "jamaat tabligh ko, bohot nafrat hota hai", atau "orang yang sangat membenci jemaah tabligh".Di Pakistan, orang mula mengenaliku sebagai pengkritik keras kepada jemaah tabligh. Aku tidak kesah semua penganalan itu, yang penting, padaku jemaah tabligh ada sebuah jemaah yang sesat.Dikala aku dikenali sebagai pengkritik jemaah tabligh yang kuat, Tok Guruku, iaitu Mufti As-Syaikh Salimullah Khan, iaitu ketua wefaq deobandi Pakistan didalam siri kuliahnya mengajar Bukhari, yang ketika itu aku sedang berada didalam kelas pengajian tersebut, telah menyatakan bahawa Jemaah tabligh adalah jemaah yang sesat, menyebabkan kritikanku kepada Jemaah tabligh itu semakin kuat.Alasan yang diberikan oleh Syaikh adalah kerana, beliau pernah mendengar dari ucapan Bhai Wahab, iaitu ketua Tabligh sedunia pernah mengatakan bahawa Islam bangkit dengan tidak menggunakan Jihad.Yang dikala itu, beliau sedang mengulas berkenaan hadis didalam bukhari yang membincangkan tentang Jihad fi sabilillah.AKU BERDEBAT DENGAN TABLIGH MELAYU YANG BERKAHWIN DENGAN ANAK ORANG TABLIGH DARI AFGANISTANSetelah aku selesai menghabiskan pengajian tafsirku di "Bumi Debu" itu, aku pulang dengan membawa segulung sanad pengajian tafsir dari Guru tafsirku, iaitu Syaikh Zarwali Khan, hingga kepada Rasulullah SAW.Aku berbangga, kerana pengajian tafsirku, bukanlah pengajian dari pembacaan dari kitab-kitab semata-mata, tetapi mempunyai hubungan kuat melalui sanad-sanad yang bersambung kepada Rasulullah SAW.Semasa aku berada di Malaysia, aku mula dikenali sebagai pendakwah Bebas, sehinggakan aku mengajar disalah sebuah surau di kawasan lembah Klang, yang dikala itu, aku telah mengkritik amalan-amalan Jemaah tabligh.Kritikan itu didengari oleh seorang karkon yang mendakwa bahawa kekuatan karkonya sehinggakan dia berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Afghanistan yang ayahnya merupakan "bara karkon tha" (seorang karkon besar).Dia mempersoalkan hujah-hujahku sehingga berlaku perdebatan kecil diantaraku dan dia.Kami berdebat tentang dakwaan sunnah atas amalan keluar fi sabilillah selama 3 hari, 40 hari dan 4 bulan itu.Aku menyatakan, bahawa semua amalan itu bukan sunnah, bahkan ianya dibawah ketagori Ijtihad.Sesuatu amalan ijtihad tidak boleh dikatakan sunnah, ini kerana, Rasulullah SAW bersabda;ãä ßÐÈ Úáí ãÊÚãÏ ÝáíÊÈæÃ ãÞÚÏå ãä ÇáäÇÑMaksudnya;"Barangsiapa melakukan penipuan atasku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat didalam neraka[1]"APAKAH DALIL KELUAR 3 HARI, 40 HARI DAN 4 BULAN YANG DI HUJJAHKAN OLEH TABLIGH?Bersambung……………..[1] At-Taisir Bi Syarh Al-Jami' As-Saghir : 2/441.
Posted by Al-Bakistani at 9:05 AM
36 comments:
syahid_zul said...
hmmm..menarik...xsbr tggu smbungan
11:28 AM
Al-Bakistani said...
ÇáÕÈÑ ãä ÇáÅíãÇämaksudnya;sabar daripada Iman
8:31 AM
Hisham Md. Hussain said...
Jika sekiranya Hadrat Shaikul Hadith Maulana Saleemullah Khan telah mendengar drp Haji Abd Wahab akan ucapan itu, sudah ditegurinya. Jika tidak, ini bertentangan dengan sikapnya yg tegas dlm amr makruf & nahi munkar. Keduanya Hj Abd Wahab itu bukan ketua JT sedunia.
5:19 PM
kayu_siwak said...
Takutlah Allah dlm setiap perkataan.Mengapa tuan berani memanggil "syaitan"n"laknatullah" terhadap org lain? Siapakah tuan d sisi Allah? Adakah tuan begitu yakin yang tuan pasti akan memasuki syurga @ Orang yg tuan panggil syaitan akan kekal dlm kekufuran sehungga mereka mati?sesungguhnya kita tidak tahu apakah amalan kita yg diterima oleh Allah.Sekiranya perjuangan tuan benar,teruskan! Allah pasti akan membantu mereka yg dlm kebenaran.tidak perlu menghentam @ mengkafirkan org lain.Ini bukan sifat org yg berilmu sprt tuan,adakah tuan tidak khatam sirah nabi n hayatussahabah?Semoga Allah bg hidayah kpd sya,tuan dan umat seluruh alam supaya dpt mengamalkan kehidupan islam yg sebenar dlm kehidupan.....
10:52 PM
insan said...
Teruskan kritikan itu..dan seandainya itu tak benar... Dan TABLIGH adalah USAHA AGAMA yang HAK..dan mereka membuat dakwah dengan IKHLAS...dan di terima ALLAH. Anda sedang berperang dengan ALLAH..tunggulah keputusan ALLAH ke atas diri ANDA...
12:38 AM
Iliyas bin Mohamed said...
Sheikh Ahmed Hoosen Deedat, 1918 - 2005.Ahmad Deedat dianugerahkan Allah dengan kepintaran yang tinggi dan luar biasa dalam ilmu comparative religion dan beliau seorang hafiz al-quran dan turut menghafaz lebih dari 8 versi bible. Beliau juga mampu bertutur dengan fasih lebih dari 10 jenis bahasa dunia.Saya merasakan amat beruntung sekiranya Saudara/ri dapat menonton perdebatan agung ini kerana kandungan ilmunya boleh diperturunkan kepada cucu cicit sehingga hari kiamat. Juga ianya amat sesuai dikongsi bersama saudara mara dengan harapan tiada lagi yang menjadi MURTADMelalui debat ini juga kita jelas dapat melihat kekuatan al-Quran sebagai mukjizat yang terpelihara sehingga hari kiamat, dengan kekuatan bahasanya tanpa sebarang kesilapan grammar dan kekuatan isinya disebalik bahasanya, jelas sekali tidak seperti Bible yang diselewengkan.Ulama Ahmad Deedat telah berjaya mengIslamkan bukan sahaja penganut Kristian malahan juga ramai paderi kristian seluruh dunia dengan kepintarannya membuktikan pemalsuan teks kitab bible.Beliau telah berdebat dengan ramai ketua paderi besar dunia, di antaranya ketua paderi USA, Kanada, Australia dan Sweden dan sehingga ke hari ini telah ramai orang kristian yang meragui kesahihan isi kandungan Bible setelah mendengar hujahnya yang jelas, jitu dan realistik.Sehingga ke hari ini penjelasan beliau tidak mampu disanggah dengan hujah yang tepat oleh golongan muktabar kristian.Ahmad Deedat dianugerahkan Allah dengan kepintaran yang tinggi dan luar biasa dalam ilmu comparative religion dan beliau seorang hafiz al-quran dan turut menghafaz lebih dari 8 versi bible. Beliau juga mampu bertutur dengan fasih lebih dari 10 jenis bahasa dunia.Ketika akhbar2 arus perdana memuatkan bahagian hadapan akhbar dengan berita kelahiran seorang artis baru yang dikaitkan dengan latar belakang agama, ramai yang tidak tahu bahawa dunia telah kehilangan seorang pejuang Islam yang telah memberi sumbangan yang besar kepada menyampaikan dakwah dan mematahkan dakyah sepanjang hidupnya.Pada 8 Ogos lepas, Sheikh Ahmed Hoosen Deedat, 87, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, beriringan dengan radio di rumahnya yang ketika itu sedang mengalunkan bacaan surah Yaasin.ikhlas dari http://iliyas.com
4:38 AM
Iliyas bin Mohamed said...
Layari Laman web kami di http://iliyas.com
4:39 AM
oghedaghak said...
maulana saheb, maaf menegur, tapi bhai wahab bukan amir atau ketua jamaah sedunia. beliau bukan seorang ulama! dan sememangnya byk kesalahan yg dibuat oleh beliau sehingga menjadikan kerja kerja agama yg datang dari pakistan menjadi kacau dan rosak. usaha usaha yg dibawa dari pakistan inilah yg telah memenuhi dunia ini sekarang ini. manakala usaha asal yg di bawa oleh maulana muhammad ilyas telah semakin dipinggir dan dilupakan. masih ada usaha yg haq yg dibuat oleh para ulama di nizamuddin. demikian juga usaha agama di malaysia juga telah rosak teruk, disebabkan penyingkiran kepimpinan ulama oleh para ahli jemaah tabligh. contohnya di kelantan, al fadhil ustaz hassan muhammad amir jemaah kelantan, telah diketepikan. akan tetapi masih tetap ada usaha yg haq yg dipimpin oleh para ulama rabbani di malaysia ini, yg pasti ianya hanyalah satu toifah yg sangat kecil, yg telah di pinggirkan secara total oleh para penggerak JT di malaysia. jadi maulana saheb, semoga Allah letakkan kebencian anda pada tempat yg haqnya, dan jgn sampai kebencian anda jatuh ke atas apa yg di kasihi Allah.wallahua'lam
2:03 AM
Wan Amerrashidi said...
Adakah anda yakin tindakan anda mengkritik tabligh adalah betul?...berapa banyak org yg sesat telah kembali kepada agama dengan asbab usaha2 tabligh.Allah pasti akan memberi pembalasan sewajarnya kepada anda di dunia dan akhirat
11:16 PM
mfaizal_fuad said...
masya-Allah...islam sesekali tak pernah mengajar umatnya saling kutuk-mengutuk..adakalanya kite mnganggap apa yg kite sampaikan adlh benar padahal ia hanyalah dorongan hawa nafsu semata-mata. sekiranya tuan mempertikaikan tentang dalil 3hr @40 hr @ 4 buln, apa pulak dalil yg m'haramkannya??adakah dgn tertegaknya undang2 islam, adakah umat akan mengenali Allah sepertimana dlm usaha agama timbul perasaan cinta pada Allah..Awalluddin Ma'arifatullah...awal2 agama, mengenali Allah...
6:24 AM
HASMADI HUSIN said...
apakah kita mesti hidup dalam bermazhab atau berpuak?aku betul hairan..Allah melarang manusia hidup berpuak tetapi itulah yang kita mahu..kalau Nabi Muhammad sendiri tidak bermazhab, Allah pun tak suruh kita bermahzab, kenapa pula kita mesti untuk bermazhab ?". Cuba lihat 6:159. "Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat". 19:37 pula. "Tetapi golongan-golongan berselisih sesama mereka, kemudian kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak percaya kerana senario hari yang besar."
1:56 AM
sirat said...
Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah: Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya. Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan. (Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH)
3:44 AM
sirat said...
Sahabat keluar 5 tahun: Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah) (dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0) Sahabat radiyalaahu anhum keluar 6 bulan: Bara Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami. Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah) (Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh, hadith 108)
3:45 AM
sirat said...
Keluar 4 bulan: Ibn Juraij berkata: "Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya'ir: Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya Ketika Umar r.a. mendengar sya'irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, "Apa yang terjadi padamu?" Wanita itu menjawab, "Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan." Umar r.a. betanya, "Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?" Wanita itu menjawab, "Saya berlindung kepada Allah." Umar r.a. berkata, "Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu." Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, "Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?" Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, " Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan." Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, "Tiga sampai empat bulan." Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan." (Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308). Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba belaiu mendengar seorang wanita sedang bersya'ir: Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu. Kemudia Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, "Berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?" Hafsah r.anha menjawab, "Enam atau empat bulan." Maka Umar r.a. berkata, "Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu." (Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29) [seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad] Keluar 40 hari: "Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari? (Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988) Keluar 3 Hari: Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu. (Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)
3:46 AM
sirat said...
Fatwa Ulama: Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa. Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari'ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari'ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari'ah.. Dan Allah Maha Mengetahui. (Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611) Mereka berkata: Orang-orang Tabligh membuat bida'ah berupa keluar di jalan Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan. Kami katakan: Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk mengapai redho Allah Ta'ala, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan. Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka. Padahal Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda, "Satu petang atau satu pagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya. Juga sabda Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam), "Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah." Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida'ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap "keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida'ah" dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan Mu'az (radiyalaahu anhu) ke Yaman sendirian saja dan tidak berjemaah. Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) tidak mengirimkan Mu'az (radiyalaahu anhu) sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy'ary (radiyalaahu anhu) bersamanya. Baginda (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda kepada keduanya, "Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian persulit. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih." Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa'id bin al Ash (radiyalaahu anhuma). Bersama mereka baginda (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan rombongan besar untuk dakwah, ta'leem dan memutuskan perkara diantara manusia. Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakana sebagai Bidaah, adalah peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal batasan masa belajar dan kerehatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang Tabligh dianggap membuat bida'ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah)? Subhanallah! Mereka yang mengatakan demikian seperti yang dikatakan di dalam syair "Pandangan ridho/senang selalu tumpul terhadap setiap aib, sedang pandangan benci selalu membongkar keburukan." Apakah yang menyebabkan kemarahan kalian, wahai hamba-hamba Allah!? Seorang hamba Allah, mendakwah manusia pada Allah Ta'ala, kemudian dia mendapat keredhaan untuk dirinya dan saudara-saudaranya yang ia dakwah. Jiwa mereka menjadi suci, hati mereka menjadi bersih dan akhlak mereka menjadi mulia disebabkan mereka selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan melakukan amal-amal yang soleh. Apakah yang menyebabkan kalian marah, wahai hamba-hamba Allah!? Semoga Allah sentiasa menjaga kita. Kami tidak dapat mengatakan bahawa dalam Jemaah Tabligh ada sesuatu yang dapat di anggap sebagai penghalang manusia dari Jalan Allah. Alhamdulillah. Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy Guru Besar di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah Dipetik dari buku "Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh"
3:47 AM
sirat said...
Abu Abil Hasan (bekas pelajar Darul Uloom Faisalabad Pakistan) menulis: Dakwah dan Tabligh ialah kerja para Ambiya'. Dan inilah juga usaha yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Maksud kepada usaha ini ialah supaya seluruh manusia dapat mengamalkan keseluruhan agama. Usaha untuk menghidupkan agama ini tidak memadai dengan hanya memberi masa 3 hari 40 hari dan 4 bulan. Bahkan harus berjuang dan berjihad seumur hidup kita. Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam al-Qur'an: Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur'an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat 111). Dalam ayat yang tersebut diatas Allah telah membeli dan meminta keseluruhan hidup orang-orang mukmin dan harta mereka untuk berjuang menegakkan agama Allah. Bukan setakat 4 bulan 40 hari sahaja. Tetapi malangnya pada hari ini umat Islam untuk melaksanakan satu perintah Allah yang paling besar iaitu sembahyang yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja pun sudah tidak ada masa kerana sibuk dengan fikir dan kerja-kerja dunia. Apa lagi untuk keluar seumur hidup…Umat hari ini telah jauh daripada agama. Kemampuan yang ada pada mereka juga berbeza-beza. Melalui panduan Al-Qur'an dan Hadith ini para Ulama' dan masyaikh didalam jemaah ini telah menetapkan nisab yang mampu diikuti oleh setiap umat Islam. Memanglah tidak ada ayat Al-Qur'an yang memerintahkan untuk keluar bertabligh selama 4 bulan dan 40 hari tetapi bilangan dan angka ini banyak terkandung didalam Al-Qur'an dan hadith. Kenapakah angka-angka ini tercatit didalam Al-Qur'an dan Hadith? Sudah pasti ada hikmahnya di sebalik angka itu. Disini saya nukilkan beberapa riwayat dan pandangan Ulama' betapa hikmahnya bilangan hari-hari tersebut. 1. Hikmah keluar tiga hari i. Suasana amat mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk didalam suasana Iman dan akhlak yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah pasti akan membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari seseorang itu. Di zaman Nabi SAW orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung didalam masjid. Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang Islam didalam masjid. Didalam Sahih Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki bernama Sumamah bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam masjid Nabi. Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk dengan amalan dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara satu sama lain. Hari yang pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari yang kedua. Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah SAW telah membebaskannya. Setelah dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam hatinya lantas beliau mandi dan datang semula ke masjid Nabi dan bertemu dengan baginda Rasulullah SAW dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya perubahan pada diri Sumamah yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika itu. Dalam masa tiga hari menjadi sumber hidayat kepadanya. ii. Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah SAW atas maksud dakwah atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk berdakwah dan berperang. Diantaranya ialah: • Jangan memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari. • Jangan membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan mereka. • Jangan membuat kerosakan pada harta benda. tanam-tanaman dan membunuh binatang ternakan. Kenapa baginda memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih dahulu sebelum memulakan peperangan? Ini ialah pengajaran daripada baginda Rasulullah SAW bahawa didalam Islam tidak ada peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan dakwah selama 3 hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak orang-orang Islam terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan mempengaruhi jiwa mereka dan memeluk agama Islam. Kisah ini terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah SAW telah menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul Jandal sebagaimana berikut: Sehingga beliau sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada mereka (penduduk Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam. Maka pada hari yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam. Beliau ialah seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka. iii. Hadzrat Zakaria AS seorang Nabi yang telah tua. Apabila Allah SWT mahu mengurniakan anak kepadanya beliau bertanya "Wahai Allah apakah tandanya yang engkau akan mengurniakan anak kepadaku sedangkan aku telah tua? Allah SWT menjawab sebagaimana didalam Al-Qur'an: Tandanya bagimu kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Berzikirlah kepada Tuhanmu sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah diwaktu pagi dan petang (Ali Imran ayat 41). Para mufassirin berkata tanda diterimanya doa Hadzrat Zakaria AS ialah dia tidak boleh bercakap selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Pada masa itu Allah SWT telah memerintahkan Hadzrat Zakaria AS supaya berzikir sebanyak-banyaknya dan meninggalkan perkataan-perkataan dunia untuk menambah penghampirannya kepada Allah. Daripada ayat ini para ulama' berpendapat bahawa sekiranya manusia dapat mengasingkan diri keluar dijalan Allah selama tiga hari dengan membersihkan diri dari fakir dunia. meninggalkan percakapan dunia dan menyibukkan diri dengan amalan dakwah. beribadah. belajar dan mengajar dan duduk dalam suasana agama sudah pasti akan memberi kesan didalam hati sanubari seseorang itu. Cinta pada agama akan datang. manusia akan membersihkan diri daripada dosa. bertaubat dan lebih hampir kepada Allah SWT. Demikianlah hikmah yang terdapat didalam masa tiga hari. Isyarat dari Al-Qur'an dan athar As-Sahabah inilah yang menjadi saranan oleh ahli jemaah Tabligh supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama tiga hari. Disamping itu ia juga akan menimbulkan keghairahan untuk belajar agama dan mengislahkan diri sendiri. (Abu Abil Hasan Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian Pertama – Klang Book Centre - Cetakan Pertama 2004 – m/s 260 – 266) 2. Dalil dan hikmahnya keluar 40 hari Ramai orang mempersoalkan masalah ini. Dari manakah orang-orang tabligh ini mengambil dalil supaya keluar 40 hari. Sebenarnya bilangan 40 hari ini telah banyak disebut didalam al-Qur'an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah jelas apabila Allah SWT sendiri telah memerintahkan Musa AS supaya menambah bilangan hari untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur'an Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30 malam dan Kami telah sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya dengan sepuluh malam. Maka genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al A'raf 142) Begitulah juga didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah SWT menyebut dengan janji-Nya kepada Nabi Musa AS untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat selama empat puluh malam. Didalam hadith baginda SAW banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini. Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud RA beliau berkata daku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama 40 hari sebagai nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan roh dan menulis kepadanya empat kalimat… (HR Muslim) Dalam hadith yang lain ada dinukilkan bahawa barangsiapa bersembahyang selama 40 hari berjemaah tanpa ketinggalan takbiratul ula akan mendapat dua jaminan. Satu keselamatan daripada neraka dan kedua bebas dari nifaq. HazdratAbdullah bin Abbas RA berkata dihari kematian anak lelakinya lihatlah berapa ramai orang yang berada diluar. Hambanya berkata orang ramai telah berkumpul. "Adakah telah cukup empat puluh orang?" Mereka menjawab "Ya… telah cukup". Abdullah bin Abbas RA berkata "hadirilah sembahyang jenazah kamu aku mendengar baginda SAW bersabda mana-mana orang Islam yang meninggal dunia dan disembahyangi oleh 40 orang yang tidak melakukan syirik melainkan telah menjadi hak kepada si mayat bahawa jaminannya pasti diterima". Dalam hadith yang lain baginda SAW bersabda: "Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 hari akan zahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya". Banyak lagi hadith yang seumpama dengan ini yang menunjukkan keberkatan dan keutamaan pada tempoh atau bilangan 40 hari ini. Kita dapat melihat seorang yang keluar dijalan Allah melatihkan dirinya dalam menjalani ketaatan selama 40 hari sudah pasti amalan ini akanterus dilakukan ketika berada di rumah atau dikampungnya. Daripada hadith-hadith ini dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama' didalam usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama 40 hari mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing. (Abu Abil Hasan Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian Pertama – Klang Book Centre - Cetakan Pertama 2004 – m/s 266 – 269)
3:50 AM
sirat said...
Salam Hadrat Maulana,Didalam hati saya, saya memuliakan Hadrat Maulana, sebagaimana saya memuliakan Maulana Dato' Nik Aziz MB, juga sebagaimana saya memuliakan Maulana Asyraf Ali Thanwi, juga sebagaimana saya memuliakan Maulana Husain Ahmad Madani, juga Ulama2 Deobandi yang lainnya yang telah berjuang untuk agama Allah melalui usaha politik dan kuasa pemerintahan. Sebabnya, perintah Allah dan Rasul-Nya, supaya org2 beriman memuliakan para alim Ulama', juga sebagaimana anjuran para ulama' masyaikh dakwah&tabligh yang saya cintai, agar memuliakan semua Ulama' Ahlussunnah wal jamaah yang haq, walau apa pun pandangan peribadi mereka terhadap usaha dakwah & tabligh yang suci murni ini.Kemudiannya, saya dapat merasakan api kecintaan hadrat Maulana terhadap tuan2 guru Maulana, dan betapa dalamnya kecintaan Hadrat Maulana terhadap usaha Islam yang Hadrat dan guru2 hadrat telah usahakan.Dalam pada itu, kita akui bahawa akan tetap berlaku perbezaan pendapat didalam ummat ini sehingga kiamat, berhubung soal2 furu' dalam agama, termasuklah cara/kaedah untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam sebagaimana yang telah dicapai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat yang kita cintai dan muliakan. Hanya saja, sebagaimana yang Hadrat lebih maklum, kita dilingkungi oleh adab-adab perbezaan pendapat, dan disaluti oleh perasaan sangka baik dan kasih sayang sesama ummat, sehingga berbezanya pandangan dikalangan ummat, tidak menjadikan ummat ini retak, malah menjadi sumber rahmat untuk ummat ini.
4:02 AM
sirat said...
Hadrat,Kita bersangka baik dan memuliakan Tuan Guru Pondok Pasir Mas. Nasihat terhadap para pengusaha agama atau karkun, seharusnya diterima baik. Semoga Allah memelihara dan melindungi beliau, amin.Kita juga bersangka baik dan memuliakan Tuan guru kepada hadrat Maulana yang mengajar Sahih Bukhari di Karachi. Teguran beliau harus diambil secara baik untuk pengislahan karkun2. Sememangnya niat untuk belajar usaha dakwah&tabligh yang suci murni ini, adalah untuk memperbaiki dan islah diri. Semoga Allah melindungi dan memelihara beliau, amin.
4:12 AM
sirat said...
Setakat pengetahuan saya, Hj Bhai Wahab adalah salah seorang penanggungjawab usaha dakwah&tabligh di Pakistan. Beliau telah melibatkan diri semenjak muda lagi, bersama-sama Maulana Ilyas (rahmatullah alaih, semoga Allah menerangi pusara beliau), Maulana Yusuf (rahmatullah alaih, semoga Allah menerangi pusara beliau), Maulana In'amul Hasan (rahmatullah alaih, semoga Allah menerangi pusara beliau), sehingga sekarang. Puluhan tahun telah berlalu. Hj. Abdul Wahhab telah menyampaikan bayan subuh setiap pagi di Raiwind buat sekian lama. Ribuan manusia yang datang dan pergi telah mendengar bayan beliau dan beroleh manfaat darinya. Sekarang beliau telah begitu berumur dan uzur. Apalah kiranya kita bersikap lemah lembut dan memberi kemaafan, jika benar ada terlanjur satu dua kata yang kemungkinan tersilap susun bicaranya. Dan kita menghormati beliau atas pengorbanan yang besar yang telah beliau buat untuk usaha atas agama Allah ini. Manusia begitu lemah, tak terlepas salah dan silap, semoga Allah Yang Maha Agung, Pengasih dan Penyayang, memaafkan beiau dan kita semua atas kesilapan kita, amin.
4:20 AM
sirat said...
Hadrat,Saya percaya, penglibatan pelajar2 di Pakistan didalam politik, sama ada terlibat didalam parti pemerintah atau pembangkang, tiada kena mengena dengan usaha dakwah & tabligh yang suci murni ini. Berani saya menyebut demikian, kerana usul yang asas didalam usaha dakwah & tabligh yang suci murni ini, ialah untuk tidak menyentuh sebarang urusan berkaitan politik. Mungkin saja para pelajar tersebut menyertai mana2 pertubuhan politik atas ijtihad atau kehendak peribadi, dan kebetulan juga mereka ingin untuk turut serta didalam usaha dakwah & tabligh ini. Didalam berbuat usaha ini, tiada tegahan atau larangan kepada sesiapa untuk bersama-sama menyertainya. Bahkan penjudi, peminum arak, pencuri, perogol, penagih dadah, dan pelbagai macam ragam manusia telah bersama-sama dengan usaha ini. (Dan mereka telah berubah menjadi mukmin melaluinya, Alhamdulillah). Maka sudah tentu Hadrat tidak mengecop usaha ini sebagai sarang maksiat disebabkan penyertaan org2 sebegini. Apatah lagi sahabat2 Hadrat yang bersama-sama mentelaah kalam Allah & Rasul-Nya didalam kitab yang mulia di Madrasah yang mulia. Adakah disebabkan mereka bersama-sama didalam kapal pertubuhan lain, dan mereka juga melibatkan diri dengan usaha ini, lantas buruknya yang nampak pada pandangan Hadrat, jatuh pula kepada usaha dakwah ini? Tentu jauh sekali, bukan?
4:34 AM
sirat said...
Hadrat,Semoga Allah melapangkan hati saya, Hadrat dan seluruh ummat, mendatangkan rasa cinta kasih didalam hati kita semua kepada seluruh manusia yang pada hari ini begitu jauh dari agama, dan ada yang berada dipinggir kemurtadan. Rasulullah SAW begitu sedih apabila mengenangkan ummat, semasa hidup, sehingga ketika nazak pun Baginda bersabda 'Ummati, Ummati..' Betapa sedihnya Rasulullah SAW didalam kubur baginda apabila mendapat laporan perihal ummatnya yang menderita ketandusan iman dan taqwa. Semoga Allah mewarisi sedikit kebimbangan Nabi ini didalam diri saya dan seluruh ummat, amin.
4:43 AM
ahmad mazlan said...
Assalamualaikum...Kalau tuan nak tahu mengenai usaha dakwah ni dgn lebih detail pergi la jumpa ulamak dkt Markas Sri Petaling..
8:24 PM
mazlan_albanjari said...
Assalamualaikum...semoga Allah beri kepada saya dan tuan serta seluruh ummat di seluruh alam kefahaman mengenai usaha da'wah cara Nabi S.A.W..
10:49 PM
najmussobah said...
astaghrafirullah hala'zim.......tak baik mcm tu tuan......kalo nak benci pun org yang buat tabligh menuduh usaha Nabi Muhammad Sallalllahua'laihiwasallam adlah besar dosanya......baik tunmengucap balik..sebelum seseuatu 'azab' ALLAH hantar dah banyak dah berlaku........aku pun benci ramai karkon....tp untuk benci tabligh kerja nabi SAW jauh sekali...kerja ini adalah benar dan dibawa oleh junjungan besar Muhammad Sallallahua'laihiwasallam....org2 kat dalam tu jer yg blum benar(tak semua)tapi kita kan insan belum pun perfect ......cuma nak blajar2 ke arah itu...tu sebab para sahabat adalah ikutan kite(manusia bukan nabi tapi ALLAH sayang mcm sayang pra nabi dan rasul a'laihissalam)hei.......bahay tukata2mu....betul2 bahaya.........tak sanggup akunak dgr nanti apa jadi pd ko.....betul..............bahaya sesangat........moga ALLAH apuni ko dan beri taufiq utk ko bertaubat...dan jgn lupe kalo dah sedar nanti tulis semula dlm blog ko ni KEBENARAN kerja nabi........tabligh hanya jolokan org jer......kite sama2 do'a utk kite.....cukuplah media yang dikuasai yahudi menceritekan keburukan islam dan keburukan org islam........takakn ko nak jadi sebahagian yahudi jugak....ALLAH perintah kite tutup kea'iban sedara.....barulah ALLAH tutup kat akhirat kea'iban kite......kalo kite bukak kea'iban sedara kiter yg islam.........ALLAH akan buka kea'iban kiter dan kite akan dimalukan dlm rumah kite sendiri..............ini yg slalu jadi terutama karkon yg mengutuk usaha agama...............dia dh kenal usaha tu tp kutuk...........kao tak mau ikut dah......diam lagi baik......betul tuan banyak dah sangat jadi...........takut giler aku kan hukuman ALLAHU rabbula'lamin.....nanti kalo kena bagitau ye
5:37 PM
najmussobah said...
tuan tinggal kat mana kelantan?dusun raja tu pun nIk aziz pernah pergi tau........kenapa tuan confuse?
5:38 PM
najmussobah said...
nik aziz pernah ikut jemaah tabligh masa kat pakistan...mukriz mahathir pun pernah ikut masa kat kanadasekarang penasihat peribadi pak lah kat putrajaya pernah ikut program wanita (istreinya) di Putrajaya.........janagn jadikan politik bersih kite agenda nak pecah belahkan umat islam di Mlaysia
5:40 PM
najmussobah said...
di pakistan......di amna tuan pergi blajar?tapi awas juga blajar kat pakistan jgn bajar kat madrasah yg ada double meaning ......iaitu jihad ........spt berlaku pd senoir aku di UiTm........kesian die skrg kudung kedua2 belah kakinye........akibat bom di Bali.........sblm blajar kat UiTm dia blajar kat madrasah di Pakistan.....i'm not sure nama madrasah tu.....sama2lah kite pi tengok dia Zkay kedah...(itupun kalo kite leh jumpe dan pi sana sama2)aku pun blum kenai hang algi..dan2 tu cakap kedah sdgkan hang org kelantan
5:42 PM
najmussobah said...
apa2 pun tuan bleh hntr email kat aku uhdroiz-103108@yahoo.com
5:44 PM
aisyah said...
ALLAHU AKHBAR!!!BERSATULAH KITA UMAT ISLAM,KENAPA HARUS BERKELAHI SESAMA SENDIRI..PENDIRIAN TUAN HAMBA TENTANG USAHA TABLIGH ADALAH SALAH SAMA SEKALI..DENGAN MENGIKUTI USAHA INI SAYA TELAH BANYAK BELAJAR UNTUK MENJADI HAMBA ALLAH YANG SEJATI DAN MENGIKUT CARA KEHIDUPAN NABI YANG MEMBAWA KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT..USAHA INI MENUNTUT PENGORBANAN DIRI,MASA DAN HARTA BENDA..TIDAK MEMINTA KEKAYAAN MELAINKAN KEKAYAAAN HATI,TIDAK MEMINTA DI PANDANG MULIA MELAINKAN KEMULIAAN DI AKHIRAT,TIDAK MEMINTA KEJAYAAN MELAINKAN KEJAYAAN DI SISI ALLAH..SEMUANYA DI LAKUKAN SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH..MAKA SAYA MINTA TUAN BERHATI-HATILAH SEMASA MENGELUARKAN KATA2 TENTANG USAHA INI,TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA..BIARLAH URUSAN ITU KEMBALI KEPADA ALLAH,KERANA ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YANG KITA TAK KETAHUI...SETIAP KATA2 KITA PASTI MENJADI HITUNGAN..MAKA BERISTIGFARLAH..SEMOGA ALLAH MEMBERI KEFAHAMAN KEPADA TUAN HAMBA TENTANG USAHA INI DENGAN HATI YANG BERSIH BUKAN MENGIKUT AKAL FIKIRAN SEMATA-MATA DAN POLITIK ...
7:20 PM
ana_salafi said...
Saya juga pernah mengikuti firqah tabligh dahulu (pernah keluar 40H). Alhamdulillah, selepas mengikuti program/kuliah hadis dari para ustaz salafi, terbuka hati ini untuk mengkaji berkenaan pegangan/manhaj tabligh ini. Bukti yang saya perolehi cukup jelas menunjukkan bahawa J.T. tidak berdiri di atas manhaj salafushaleh. Tetapi J.T mengikuti manhaj Muhammad Ilyas iaitu Manhaj Sufi. Buktinya ada di dalam buku2 karangan beliau dan Muhammad Zakaria. Saya mempunyai hampir kesemua buku2 terjemahan J.T saya perolehi dari Msj Sri Petaling. Fadhilat Amal, Sedekah, haji semua cerita Sufi. Yg paling menyedihkan adalah apa yg ditulis oleh. Mohd. Zakaria di dalam Fad. Selawat (Darood). Buku ini pernah di jual di Sri Petaling tetapi sudah tiada di sana (saya sempat membeli buku itu). Cerita2 di dalam memang merosakkan akidah kita.Saya sudah baca kitab2 (buku fadhail2) yg ditulis oleh Maulana Zakaria. Akidah yg dibawa beliau didalamnya bercanggah dengan akidah ASWJ. Berjabat tangan dengan Syaikh Rifai dari kubur, wali meminta tolong secara langsung di KUBUR Nabi, seperti "Ya Rasulullah, bantu lah aku", solat di dalam kubur, wali berjumpa dengan Nabi Khidir, Rasulullah (yg telah wafat) membantu seorang budak dan mengajar zikir dan banyak lagi. Meminta sesuatu dari orang yg telah mati, walaupun dia Rasul/Nabi adalah SYIRIK! Ini kesalahan FATAL. Kita di ajar untuk meminta terus kepada ALLAH. Dengar juga Bayan Maulana di Tomboro 2005 (CD no. 2) serta Malfuzat siri Baa (maulana Yusoff, mengenai "tidaklah Allah ciptakan dunia (dan seluruh alam) ini melainkan kerana diciptakan Rasulullah" Ini adalah fahaman Nur Muhammad. Baca fatwa Syaikh Munajjid, dengar kuliah Maulana Mohd Asri Yusoff (ulama kelantan) dan fatwa Syaikh Ied Hilali yang mana mereka semua ada menerangkan kesalahan ini.
12:39 AM
duzakboy.com said...
hmmm.kamu gelar diri kamu sebagai alim tp kamu melaknati org lain.adakah ini sifat yg kamu belajar untuk jd alim?adakah kamu tidak baca hadis tentang ini?.adakah kamu yaqin yg usaha kamu boleh membawa kemajuan pd diri sendiri dan org ramai?knp kamu mesti bersusah payah mencemarkan perkara2 yg dilakukan oleh org islam yg semata2 nk lihat kemuliaan untuk ummat islam?knp mesti kamu buat dosa dgn semata2 untuk memuaskan hawa nafsu kamu yg begitu ketara sekali?adkah kamu yakin yg kamu boleh dijamin masuk syurga hingga kamu melaknati org lain?adakah kamu tak pernah jumpa hadis yh khaadim Nabi s.a.w mati dlm keadaan yg dirinya dalam neraka sedangkan dia seorg yg banyak khidmat kpd Nabi?kamu perlu ubah fikiran kolot kamu yg hanya tahu menjatuhkan org islam sj.org kafir tak pernah menjatuhkan antara mereka malah mereka saling bantu membantu.dalam quran pun ada ayat menyuruh bantu membantu untuk kenaikan dan jgn bantu membantu dlm membuat dosa..fikirlah cara logik jgn guna kebodohan kamu dalam mempertikaikan agama..
2:56 AM
Mohd.Hafiz said...
Assalamulaikum,Saya adalah salah satu karkun,karkun dalam bahasa urdu maksudnya pekerja iaitu pekerja dakwah.Dalil:Kamu adalah umat yang terbaik yang menyeru kepda kebaikan dan mencegah kepada kemunkaran maka kamu orang beriman.Pas adalah salah satu politik yang mengerakkan hukum Allah S.w.t.Alhamdullilah.Semoga Allah merahmati Politik ini.Tetapi untuk mengatakan politik lain laknat adalah BUKAN AMALAN ORANG ISLAM.Saya pun salah seorang anak didikan kepada pelajar nik aziz.Tetapi beliau tidak pernah mengutuk saudara nya memperjuangkan islam.Saya juga salah seorang budak madrasah keluarga saya banyak yang dari Al-Azhar,Jordan,UIA,dan belajar dipakistan dan banyak lagi tetapi tidak pernah melihat tabligh ini satu perkara yang salah.Saya pun belajar tentang hukum hudud.Sebenarnya hukum hudud adalah hukum dari Allah.Mesti dan wajib ditunaikanTetapi untuk melaksanakannya mestilah orang yang dihukum dan yang menghukum sanggup menerima.Contohnya seandainya anak tuan melakukan kesalahan mencuri sanggup tuan hadapkan kepda pemerintah?Ini hanya berlaku bila mana iman kita betul pada Allah.DalilKata rasullah s.a.w untuk dapat ilmu datang kepada rasullah.Tetapi untuk dapat iman keluar jauh.Berapa banyak kubur sahabat di makkah?Mana yang lain?Kenapa kubur sahabat ada di china,india,indonesia?Semua sebab dakwah.Sahabat tidak perlu polis sebab sahabat yang datang sendiri jumpa nabi s.a.w untuk minta dihukum.Ini pun ada riwayatnya.Pasal iman dorang betul.Hari ini iman manusia belum betul orang islam tidak takut pada Allah.BErani buat dosa besar.Dalil 3 hari,40 hari,4 bulan ternyata ilmu agama tuan masih sikit.Banyaknya ilmu Allah,sebenarnya semuanya ada dalil.TUan cari sendiri dalam buku hayatus sahabah dan Mutakkab hadith.Seumur hidup saya,saya tidak pernah menhina Parti Pas,tetapi hari ini saya sedar tuan telah salah anggap dengan apa yang telah diajar.Sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang beriman.JANGAN DISEBABKAN KATA-KATA TUAN ALLAH AKAN MELAKNATI TUAN(NAUZUBILLAH).Tuan tidak tahu apa2 tapi tuan telah membuat fitnah yang besar pada saudara tuan.Firman AllahSesiapa bantu agama Allah,Allah akan bantu dia.Tidak guna tuan menaik nama agama hanya dengan fitnah,hinaan,dan kutukan.Nabi s.a.w tidak mengajar kita dalam keadaan itu!SEMOGA APA YANG SAYA CAKAP SAY DULU YANG DAPAT AMAL DAN TUAN DAPAT AMAL LEBIH BAIK DARI SAYA.SILA JAWAB KALAU TUAN BENAR2 INGIN MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH.BANYAK SAUDARA2 TELAH MENBANTAH TAPI TUAN SEDIKIT PUN TIDAK MENBAGI RESPON.
9:23 PM
mohamed said...
tuan kata usaha tabligh ni sesat...tuan kata usaha nabi dan sahabat ni sesat?...istigfar...
10:32 AM
mohamed said...
tuan kata usaha tabligh ni sesat...tuan kata usaha nabi dan sahabat ni sesat?...istigfar...
10:34 AM
Abdullah said...
sabar tuan2 sekalian, jaga lidah dan jangan berkata-kata tanpa ilmu.
12:09 PM
Abdullah said...
Assalamu'alaikum,Saya sangat prihatin membaca comment dari kawan2 semua. Intinya belum faham ilmu dakwah yg di ajarkan oleh Rasulu4JJI. Tapi ada 1 comment yang cukup baik dan bagus yang disampaikan oleh ikhwan saya dari kalangan SALAFY (Ahlus-Sunnah wal Jama'ah)saya berharap coba dari kalangan Jema'ah Tabligh untuk dapat bersikap jujur dan menerima, bila memang itu salah yang tak sesuai dengan dalil yang shahih. Saya sungguh heran bila ada yg berkata bahwa Sahabat Rasulu4JJI ada yg sampai ke RIAU pada masa 9 wali songo. Ini satu kedustaan. Kita baca buku harus diteliti apakah benar ada dalil yg shahih yg dijelaskan oleh ulama hadist. Apa yg di comment oleh saudara kita dari JT tu dgn mengutarakan dalil2 ada yg benar dan banyak yg salah. Sebab hanya mengutip dari buku tanpa dipelajari lebih dalam, apakah dalil tu benar, lemah atau salah. Dalil khuruj 4bln,40h dan 3h yg diamalkan oleh JT tak sesuai dgn apa yg ada dlm Al-Qur'an & hadist, sebab dlm ceritanya Rasul dan seluruh Sahabat berjihat pi sabili4JJI menghadapi orang kafir bukan menghadapi orang Islam.Sementara JT dari mesjid ke mesjid berjumpa dengan orang Islam bukan orang kafir, jadi dalilnya tak cocok tapi yg dicocok-cocokkan. Rasul & seluruh para Sahabat meninggalkan kampong,pekerjaan dan anak istri dengan membawa pedang dan bukan membawa gas/kompor. Jihat di Afghanistan masa melawan Unisoviet, merupakan jihat yang shar'iy, seluruh kaum muslimin di dunia membantu saudara kita yang ada di Afghanistan dengan senjata, harta dan nyawa. macammana dgn JT? JT yg ada di Fakistan & Afghanistan, adakah mereka membantu dan ikut berjihat? Dan bagaimana pula dgn saudara kita yg di Palestin. Dan akhir kalam yg saya nak tanya kpd JT, "Bila kita mengaku sebagai Ahlus-Sunnah walJama'ah, mana panduan kitab AQIDAH AHLUSSUNNAH yg dipakai JT, apa nama kitabnya? apakah betul sudah punya, dibaca dan dipelajari? Ini satu perkara yg penting sehingga kita mengenal Allah yaitu Rob yg berhak di Ibadahi dgn sebenar-benarnya. Wassalam.
Friday, April 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetetapi jgn terus membenci tabligh...
ReplyDeletenyatakan sifat2 rasulullah terlebih dahulu..
tabligh sbnar adalah yg berasakan al-quran dan assunnah..namun ianya dikotori apabila terdpt JT lain yg memesongkannya..ini terlalu bnyak dpt d lhat..blh tgok d web gotabligh.com..
wallahualam...
SALAM CIK Nur Afthirah Humaiy
Deleteboleh share info tabligh di
http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/01/membongkar-kesalahan-tabligh.html
kesalahan tabligh? Apa betul ker standard yang ajar macam tu,...?:
DeleteAssalamualaikum Abdullah....kau pergi dulu daftar nama pergi perang sana...kami akan ikut belakang....
ReplyDeleteCaaiisss...sembang kencang...
Hendaklah kita bertaqwa kepada Allah, wahai saudaraku. Jangan mengkhianati Allah, Rasulullah, Al-Qur’an dan kaum muslimin. Jangan kita menipu orang awam. Jangan mengukur urusan apapun semata-mata hanya dengan perasaan kita, sebab dienullah sangat terang benderang, malamnya sebagaimana siangnya, tidak akan ada yang menyimpang darinya sepeninggal beliau shalallalahu ‘alaihi wa sallam melainkan orang yang pasti binasa.
ReplyDeleteAllah telah menyempurnakan dien-Nya, termasuk dalam hal ini ialah jalan dakwah. Ini merupakan perkara tauqifi, harus atas petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah berdasarkan pemahaman salafush shalih. Sedangkan apa yang tidak sesuai dengannya, maka ia adalah bid’ah dan kesesatan, sekalipun namanya dipoles dengan apa saja dan biarpun memamerkan berjuta dalih. Apakah kita tega untuk menyatakan sesat orang yg memang telah disesatkan oleh para ulama kaum muslimin ?? apakah kita tetap lebih mendahulukan “perasaan kita” dr pd “ilmu” yg menerangkan siapa mereka sebenarnya??.Apakah kita ragu untuk membela Agama Allah dari kerusakkan yg mereka lakukan??Ataukah kita malah menyalahkan orang yg menerangkan tentang kesesatan mereka??
Yuuuu belajar masalah agama,masalah tauhid,syirik,sunnah ,bid’ah ,sirah nabawiyah yg shahih dst .
semoga Allah memberikan hidayah kepada kita .semoga Allah mengampuni kita dan menuntun kita diatas Al-Haq
Masyalla masya alla..all religions are created by man presented to us as divine gifts when we created religions to answer questions that can't be answered coz we didnt have the means to know what is really happening in the universe around us..lotsa things we had no idea about in the 4th or 5th century...Masya alla masya alla
ReplyDelete